Saturday, March 27, 2010

Nah, Ambik!

Tiada kerja. Boring. Main tag. Layan....


Tag dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.

Tag orang yang anda mahu tag <---x payah. sukati la sepa mau buat. ada aku kesah?

  1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
    Minum nescafe ping, makan mihun + ayam goreng, main facebook
  2. 2 jam yang lalu?
    Duduk dengan sopan (tapi perasaan sangat kurang baik) dalam bas sambil membenci manusia yang duduk sebelah saya. Adakah patut dia tutup tingkap! Sudah la panas! Macam kena kukus saya dalam bas tu tau ka!
  3. Anda suka
    Macam2 benda yang boleh disukai
  4. Minggu lepas
    adalah macam minggu2 yang sebelumnya.
  5. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
    Gone - 'N Sync
    Saat Ku idamkan - Amy Search
    The Hardest Thing - 98 degrees *ya ya suka dengar lagu2 'kumpulan budak lelaki', jadi kenapalah?*
  6. 3 binatang yang anda tak suka
    Saya x benci binatang tapi x juga suka telampau. Jadi macam ni lah, selagi binatang tu x bikin panas hati saya, beliau masih di tahap selamat.
  7. 5 fakta tentang anda
    *Saya paling benci mencuci, menjemur, melipat & menyeterika kain baju atau apa saja perkara yg berkaitan dengan kain baju kecuali pakai baju.
    *Saya pencinta tegar Nescafe Ping. Sehari segelas adalah wajib.
    *Saya bukan Sofia Jane
    *Saya cuci rambut setiap hari
    *Saya x suka panas
  8. Tahun depan mungkin
    Lebih baik dari tahun ini (INSYA ALLAH)
  9. Saya tak reti
    Makan tuhau.
  10. Saya pandai
    Buat bodoh (sekiranya perlu).
  11. Kawan saya
    Sudah kahwin anak dua dan baru keguguran :(((.
  12. Saya ada
    RM12.70 dlm poket saya sekarang.
  13. Saya seorang
    Pelukis yang teruk.
  14. Adik saya
    semua tinggi dari saya. Kenapa aah? *berfikir sambil mengerut kening*
  15. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
    Nescafe Ping
    Novel2 Jill Mansell
    TV
    Duit
  16. Bilakah pertama kali anda bercinta?
    Saya lupa sudah.
  17. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
    Bila saya cakap saya pernah jadi model catwalk *memang sah menipu*
  18. Saya rindu
    711, Jalan Muhibbah. Tempat saya membesar.
  19. Saya tak sabar
    Menunggu hari gaji.
  20. 5 laman yang anda selalu layari
    Yahoo Mail, Facebook, PerezHilton, YouTube, Google.
  21. Siapa yang anda mahu tag?
    Tidak ada org yg khusus, siapa mau buat, buatlah.

No comments: