Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN....

Dear fellow readers/bloggers

I wanna take this opportunity to wish my fellow muslims all over the world a very blessed Eid Mubarak...may Allah bless us all the way.

Minta maaf sangat la sebab terlalu lama x meng'hapdet'kan blog tercinta ini...disebabkan kesibukan dan kesuntukan masa yang teramat x dapek den mencurahkan ilham disini...

K la..aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN sekiranya aku pernah menyakitkan hati sesapa dengan coretan aku kat sini samada sengaja atau tidak. Aku tau aku selalu memaki hamun, meroyan dan selalu keluarlah perkataan yang kaedahnya klu kat tv asik kena *tut* or di silence kan. Kira 0 - 0 dah la ye...hehheeh

K lah kengkawan...selamat beraya sakan...

P/S Aku cuti raya seminggu woo....sila jeles dan muntah sekarang jugak ye...hohohohoho!!!!

Toodles!

Monday, September 8, 2008

Kantorku Dimasuki Maling!

Waaah...ari ni kami se-opis mengalami kekejutan! Terberuk seketika melihat keadaan opis yang tunggang langgang bak kapal pecah! (thee..hee...he...actually x der la teruk sampai cam tu tapi saja la nak kasi saspen') Sah, KANTOR KAMI DIMASUKI MALING!

Abis laci2 segala di buka. Ada juga barang yg hilang. GM punya Laptop & petty cash dalam seribu lesap. Tapi yg heran tu, laptop boss x pula di ambil. Riuh rendah juga tadi. Mana dengan polis datang ambik statement, dusting for fingerprints and all...terasa cam dalam CSI plak..hahaha....

Before polis datang ambik fingerprint, boss panggil sorang kawan dia yg 'pandai' menengok..ala ala bomoh la kononnya tu. Ntah la, somehow aku x percaya yang 'this person' can solve the mystery behind the kejadian. Argh, wateva lah. Malas aku mau fikir.

These few days busy sangat buat kuih. Mana yang order, mana yg untuk di jual di gerai...sampai beratus biji mau di buat. Haish, sampai hampir2 x menang tangan di buatnya! Terbuktilah kuih muih kami memang femes dan sedap sedap belaka (statement riak gila nak mampos)...hehehe.

Korang nak tau tak camner rutin seorang peniaga di pasar ramadhan? Meh aku bagi tau. Sila rujuk di bawah (sumber: Mak aku le, sapa lagi..)

Bermula pada malam selepas buka puasa.
~Potong pandan (ambik kat depan rumah)
~Blender pandan & peras santan nak buat bingka.
~ Bakar bingka. Sengaja buat malam untuk kesedapan maksima.
~Kupas kentang & potong kecik2 (buat initi karipap)
~Prepare bahan2 nak masak esok pagi

Pukul 2 atau 3 pagi
~Memula masak untuk sahur dulu
~Kejut seluruh warga rumah..sappedek sahur
~Potong sayur untuk inti popiah
~Start masak inti pulut panggang, karipap, popiah & kuih lenggang
~Masak pulut
~Start buat puding roti...terus bakar
~Uli doh karipap, kuih gomak & puteri mandi
~Bancuh batter untuk kuih lenggang
~Start buat kulit kuih lenggang
~Bungkus popiah, pulut panggang & kuih lenggang
~Start buat puteri mandi & gomak
~Potong2 bingka & puding roti
~Goreng Popiah & karipap & panggang pulut, terus susun dlm tray
~Siap prepare sumer..apa lagi, blah buka gerai
~Yg pegi gerai dah tentu meniaga kan, yg tinggal kat rumah kasi bersih rumah
~Mandi & rehat secukup rasa
~Masak untuk berbuka
~Sampai masa berbuka, ngap ngap ngap..makan x hengat dunia...muahahahha

And it goes again...and again...and again sampai nak dekat raya.

Hah, ngkau! maunya x penat cenggitu rutinnya sehari hari? Aku ok lagi la sebab kalau waktu berkerja aku tolong2 jugak tapi x heavy metal sangat. Lain la klu aku off day atau cuti...harus aku pun ikut menyumbang tenaga Gaban aku. Apa ko hengat aku dok goyang kaki sajork? Aku mengaku la, kekadang datang malas tu aku mengelat jugak tapi ini kan bisnes se-antero keluarga, maka wajib aku menolong (dengan bersungguh-sungguhnya). Ko gilos, klu aku x tolong sah-sah mak aku kasi penerajang sebijik.

Korang doakan lah supaya bisnes kami sukses ye. :D

Mana tau, satu ari niat kami nak buka restoran tercapai, leh la aku invite korang makan free..hehe

Haish...tetiba teringin makan pecal. Nak tipon my mom lah...suruh buat pecal pedas2 (drooling already)

Toodles!


P/s Wan, bila ko mo blog pasal opis kita kena masuk pencuri? hehehhe

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Hope u guys baik2 belaka. Hari ni secara rasminya hari kedua umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak...alhamdulillah.

Semalam aku x ok. Sakit kpala cam beb! Macam kena hempap batu daa...anyway berjaya juga aku pose penuh...alhamdulillah! TETAPI.....apa punya malang, tadi pagi sekali aku bangun, tengok jam dah pukul 6 pagi..WARGH! Miss sahur le pulok, apo nak dikato...huhuhu!

Oh yer...lupa lak nak me'war-war' kan kepada anda sekalian...yang kami buka gerai sempena Ramadhan ni start 1st day puasa (semalam la tu) dan mendapat sambutan yang sungguh hangat meletopz vavavooooom! Habis laku jualan takde sisa sedikit pun. Bukan aku nak riak ke apa tapi memang kitorang punya kuih muih semua sodap hingga teringat siang dan malam. Sekali cuba pasti nak lagi..dan lagi...dan lagi...hehehhe

A few years ago pun kami pernah bisnes time Ramadhan kat ACity. Pastu tak buat dah sebab masalah kenderaan. Then after dengar cerita from my cousin, Boy about keuntungan dia last year (dia jual air Ramadhan tahun lepas), semangat nak berniaga makin membara. That's when we've decided nak try lagi tahun ni. Siapa tau, rezeki kami melimpah ruah...Insya Allah.

Hari ni aku balik awal sikit. Tak sesabo...perut pun dah kriuk kriuk bagai nak rak. Adeh...Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu yang lemah ini...

Tu je la update buat masa ini. Kang ada masa aku story lagi ye...

Toodles!

P/s Sesape yg nak berkunjung ke gerai aku, sila e-mail adnilza8@yahoo.com untuk mengetahui lokasi.