Friday, March 18, 2011

Oh...Kotaro Minami.....

Tadi my fren mentioned yang one of the local radio station ada siarkan lagu theme song Gaban. Tiba2 teringat kegilaan dengan cerita alih suara ni di zaman budak budak dulu...

Kan dulu di TV ada cerita Jepun yang di alih bahasa...kalau x silap petang2 dalam jam 4:30 gitu. Sebagai kanak kanak yang membesar di era tersebut, saya pun x lari dari ketagihan cerita jepun alih suara ni.

Paling x boleh lupa Moero Attack, Akantare, Oyuki (eh, ini cerita lain..macam spanish or something but yg pasti bukan Jepun), Oshin, Miss Komet, Gaban, Black Mask Rider....haish, macam2 lah! Kalau cerita satu persatu lama mau habis.

Kali ni saya mau cerita pasal Black Masked Rider. I cannot remember exactly berapa umur saya time cerita ni bersiaran di TV. And to tell you the truth, I don't really watch the series because of it's story. But it's because I have a massive, Monster Ball crush with the main character - Kotaro Minami :P

Punya HANDSOME dia di mata saya masa tu! Paling suka mata & rambut dia. Asal nampak muka Kotaro, hati berdebar macam mau pecah...siap emosi lagi kalau dia cedera time berlawan dengan penjahat Gorgom.


Posing yang menyebabkan hatiku gundah gulana satu ketika dulu


Sewaktu muda belia & handsome...

Adalah lawak kalau teringat balik. Siap berangan mau ke Jepun jumpa Kotaro...haish! Minat sampai begitu sekali. Siap pesan my parents suruh record if time show clash dengan kelas mengaji. Bila suda di record, ulang tayang sampau berpuluh2 kali semata mata kerana mahu merenung muka Kotaro tersayang....kadang kadang sampai tape sangkut dlm video player.....hehehhehe....

Terus hati adalah curious mau tahu macam manalah rupa terbaru pujaan hatiku itu. Tanpa berlengah lagi, ayoh gunakan khidmat cik google.

When I googled for his latest image...this is what I've got:-


Sudah tua. Muka pun kurang handsome. Mata pun lipat2 sudah. Agak ngeri untuk di renung lama lama....ahaha!

Si handsome (dulu) sudah x handsome lagi! Wawawawa *nangis*...tapi x apalah, saya akan tetap mengingati mu sebagai Kotaro Minami yang gagah dan berani menentang musuh sejagat iaitu Gorgom dan kuncu-kuncunya.

Sebagai penutup, layanlah video opening Black Masked Rider RX untuk mengimbas kenangan lalu:-



P/S Dulu konfiden ja nyanyi lagu ni. Trip2 pandai..rupanya salah belaka!

Yang kami nyanyi 1 : Kamelunaida
Yang sebenar 1 : (Sebutan Jepun) Kamenn-raida

Yang kami nyany 2 : Kamelunaaa naidaaaa RX
Yang sebenar 2 : (Sebutan Jepun) Kamenn-raida brack (black) RX

Aiseh, begitu pula sebutan sebenar...isk!

5 comments:

Zampeada said...

apa kah ertinya semua ini? (di baca dlm gaya alihbahasa Jepun)

ketika Jepun dilanda malapetaka... lagu Masked Rider ke udara?

oh tidak!

Linda Azni said...

Aduh...jadinya macam aku x sensitif pula dgn keadaan sekeliling kan? Percayalah aku x bermaksud begitu *sambil betulkan tudung*

Actually kerinduan sama zaman2 cerita Jepun sedang fofuler...lupa pla drg sedang dlm krisis...tsk tsk tsk...insaf!

LaViaP said...

ya, sya paham betul bila apa kita nyanyi masa budak2 dulu tidak sama dgn sebutan betul, mcm lagi Space Cop Gaban. Budak lelaki teda kesan sama aktres jepun pada waktu itu. kami cuma mau "imitate" hero kegemaran kami, seperti melompat ke bawah dgn satu kaki sambil satu lagi di lipat. siapa dapat buat adalah sangat cool

Zampeada said...

masked rider ni ada dvd kot. gi lah carik. tapi tu lah... dah lain feelingnya bila tgk balik. klu dulu cam berdebar je kan tgk... skrg dah mcm nak gelak pun ada... hehehe...

Linda Azni said...

Paival: Mmg la xda kesan, bida2 ba actress drg..hahaha! Betul tu, klu dpt lompat landing pakai sebelah kaki terus kembang hidung & perasan hero kan ;P

Zam: Aku ada suda DVD dia. Betul oh ko cakap, xda suda dup dup di jantung. Tsk!