Saturday, May 28, 2011

The Rise and Fall of A Noob Baker..

Sekarang ini saya sangat suka baking. Suka yang teramat! Bagi saya baking ni macam satu medium 'penenang jiwa'. X pandai la saya explain tapi kesimpulannya memang siok lah!

Dulu saya buat kek main hentam kromo saja. Sukatan pun ikut suka hati sendiri. Sometimes the cakes turned out to be good but mostly memang ada saja masalah..keras la, terlebih butter la, banyak tepung, kurang tepung, bau telur..etc..etc..macam2! And I admit because of that my baking spirit ter'withdrawn' sikit.

Until recently (few months ago) tiba2 bersemangat mau try buat cupcake. Cerita ni ada dalam this entry. Berhabisan la mengoogle resepi yang tersenang untuk di ikut...

This is my first cupcake yg kecairan frosting (but still delish!). Di puji puji cupcake ini sehingga hidung saya kembang setaman..hns hns hns...

And after the success of my 1st attempt, I've decided bake a lemon cupcake. Resepi pun ambil dari internet saja. Berkobar2 untuk membuktikan ke'terror'an membuat cupcake (more to minta puji & eksen lepas kena puji to be exact..hahah!). Time di bakar bukan main wangi bau dia. Dalam fikiran saya sudah terbayang mesti drg puji2 lagi ni...waaa tambah vangga!. So when it's done I took it out, but there's something wrong with this batch...x naik pun! Flat saja dalam acuan. Saya ingat2 balik..apa yang silap. Rupanya kekurangan telur...haish! Suppose taru 4 biji telur tapi entah kenapa saya taru 2 saja. Nah..padan muka saya. Banggalah sangat kan..baru sekali kena puji sudah eksen...pui! Sekarang, ambik obat!

The failed Lemon Cupcake. Hence the message on top of it.

Anyway, one failed attempt did not dampened my spirit. Saya terus membuat cupcake dengan penuh semangat!


Untuk di makan seisi keluarga...


For Ajib's Birthday

Kek ini buatan our family friend, Acoi. Kek buatan Acoi memang cake yang terpaling sedap. He gave me the secret recipe and now I'm using the 'secret recipe' kalau ada orang order cake dari saya. Thanks Acoi!

Sambung tengok gambar:-


My strawberry cupcake, 1st attemp and it's a success! Yeay! Oh, gambar ini ambil dari blog ini.


Blueberry & Chocolate Chips Cupcake for Wina's Bday


Blueberry & Chocolate Chips for pre-mother's day celebration at home


Vanilla butter cake & butter cream icing for mother's day celebration at home


Choco Mocha Cupcake for Mom's Birthday


Chocolate Cupcake for Tasya's 2nd Birthday


Choco-Orange Cupcakes for Kenduri at my Grandma's

Chocolate Cupcake for Kenduri at my Grandma's

Cupcakes & cakes above pakai buttercream icing. Mind the deco, memang masih noob lagi dalam hal2 decoration. Oh well, yang penting taste dia kan, decoration ni tolak tepi dulu (kasi senang hati sendiri).

And then, saya pun saja2 la post di fb:-


X lama lepas tu ada order..1st order la kiranya ni. Excited sudah! Ingatkan order kek biasa. So kasi ok sajalah. Sekali dia minta kek untuk hantaran tunang! Erk! Mampus...suda la noob part2 deco ni, kalau dia minta bunga2 lagi mcm mana la? Terus x keruan di situ. Tetiba dia cakap mau minta fondant icing (icing keras keras tu) & a very simple deco saja. Phew, legaaaaa sikit. Terus kasi ok lagi sekali. TETAPI baru teringat yang saya x pernah sentuh pun fondant ni! Ya ampun....double erk aku jadinya...haish~! Oleh kerana sudah cakap OK, terpaksa juga buat walaupun dalam hati penuh keraguan yang teramat sangat. Akibatnya, setengah hari saya khusyuk mengadap YouTube, learning on how to work with fondant (thank GOD for that). Sudahlah saya ni kekurangan tools...x tau la macam mana kejadian kek itu nanti.

For the cake, tiada masalah. Guna resepi Acoi saja gerenti menjadi. Then, tibalah masa untuk mengaisingkan/meng'fondant'kan kek itu. Masa ni saya siap2 tawakal & redha if the fondant x menjadi. Dengan Bismillah (ayat sungguh Muslimah ya..) saya pun start menguli & mencanai si pondan, eh, fondant itu. Betul jangkaan saya, it's not easy but not that hard too. Kira berjayalah juga my 1st attempt :D

Begini lah rupanya..my 1st fondant cake. Deco as requested by client (nasib baik simple, kalau x..mau saya meraung disitu!)

Side view...ops, nampak juga fondantku x halus. Kekurangan tools katanya..tsk tsk tsk..

Syukurlah the client is happy with the cake. The only comment was wording tu besar sangat..hehe. My bad, gigil2 tangan saya mau buat huruf tu, terus terbesar. X pa lah, boleh di perbaiki dimasa akan datang. Ceah, semangat untuk diri sendiri.

Dan terus menerima tempahan kedua from Ms Natasya:-


Vanilla Buttercake with Chocolate Icing

Pelanggan sungguh berpuas hati. Sedap dia bilang....phew! (blow nails)

Dan tempahan seterusnya adalah cabaran! Kali ini kek untuk majlis kahwin pula. Tapi bukanlah bertingkat punya kek, cuma satu biji sahaja (phew lagi!). So saya accept cabaran ini. Again, saya berabis tgk youtube untuk panduan membuat fondant flower for deco. Ada satu video yg saya jumpa dan saya rasa sangat berguna for noobs macam saya ni. Nanti saya upload.

Mula mula cuba buat fondant flower x menjadi. Gagal teruk! Lunyai habis fondant saya kerjakan. Mujur si mama menjadi penyelamat. Bakat terpendam si mama ni.

See for yourself. Yang besar besar mama buat. Yang paling kecil & hodoh setengah mati tu saya yang buat...hua hua hua! (Bunga color Purplish Red/Deep Pink but the light makes 'em looks like purple)

Tercabar oleh bunga si mama, saya melipat gandakan usaha membuat bunga. Tekun saya menghayati video di Youtube, akhirnya BERJAYA! Perasaan adalah gumbira sampai mau bawa bunga tu berarak keliling taman. Hahahha..melampau betul imaginasi. Hasilnya, deco cake adalah cantik dan beta berpuas hati.

Tadaaaaa....walaupun ada off centered sikit tapi untuk noob macam saya bolehlah di banggakan


Side View. Butter Orange Cake with Buttercream Icing & Fondant Flower

Response dari client pun cukup baik. They looooooove the cake and happy with the deco. Siap mau tambah duit lagi sebab terlalu suka dengan hasilnya. Malu I tau, pujian melambung...hehehe (padahal kembang hati dan hidung hampir menyamai kelebaran padang bola).

Harap2 lepas ni banyak la tempahan. Boleh juga asah skill decoration. I'm planning to take a class on cake making and decorating untuk menambah ilmu. Takut juga kalau orang minta deco yang complicated, terus x dapat buat. Hilang confident pelanggan seh!

Haish, tetiba hilang idea. Always macam ni...entah apa pasal la bengap betul otak kalau mau buat closing.

Jumpa di lain entry lah kalau gitu. Hmpfh!

3 comments:

Zampeada said...

wah makin maju ke depan industri cupcake... menjelang raya ni ramai lah nanti mengorder... murah rezeki.

Linda Azni said...

Insya Allah..kalau ada rezeki x ke mana. Ko x mau order kah? Hehehe...

Zampeada said...

insyaallah ada lah tu nanti... konon2 kek keluar dari oven sendiri tapi si linda yg buat... hahaha...