Saturday, September 12, 2009

Kenapa bah...kau berubah...

Was the song in my head when i woke up this morning. damn! Punya susah mau tukar 'lagu dalam kepala' ni. Aku terdengar lagu tu tadi pagi after sahur terus stuck sampai sekarang...haish!

On the way to work this morning aku terfikir pula mau buat satu entri bergambar about my previous school. Aku ni pindah sekolah macam pindah rumah (pernah buat entri pasal sekolah dan rumah sometime ago...you can read 'em all over again here) so terbit pula ilham di kepala otak aku untuk buat entri bergambar pasal my old school and rumah2 yang pernah aku tinggal...nanti lah, one fine day akan akubuat juga tu. Tunggu masa dan kenderaan saja..heheh..

Back to entri yang 'cliche' masa kini iaitu menu sahur dan berbuka...

Semalam kami berbuka menunya enak banget...mom buat nasi lemak and ayam goreng. Yours truly beli karipap - not bad la rasa dia but inti sikit bah. Ajui beli mango juice (x sedap sebab telampau manis. Eh, di mana dirg dapat gula aah? sudah la krisis gula sekarang bulih2 pula drg buat minuman manis2). Hasilnya, semua kekenyangan bak ular sawa kenduri besar.

Tadi pagi hampir2 aku x mau bangun sahur sebab ngantuk yang amat tapi memandangkan mom masak ayam sambal and sayur kacang + young corn maka panggilan perut sahur harus di jawab. And as usual, sesi menonton drama...ntah aku x tau dari negara mana yang judulnya 'After Rain' sebelum solat subuh. Pas solat aku bongkang sambil dengar radio (time ni la aku terdengar lagu 'kenapa bah...kau berubah...tu. see, ada juga relevan title entri ni kan?) sampai jam 0730 pagi. Kerja maaa...misti bangun awal punya. Klu aku masih jobless, gerenti lambat bangun.

Petang ni sudah plan mau goreng kuay teow. Semenjak dua menjak ni tekak aku berselera sangat mau makan kuay teow. Especially kalau campur daging...taugeh..kucai...telur...cili padi...owh, sungguh sedap! Perah pula asam limau dan tabur bawang goreng, daun sup, daun bawang....mmm...mmm...mmmmm......mak terliur liur noks!

Udah dulu ya, gue udah penat ngetik keyboard nya. Nyambung di lain waktu aja.

Hoh, tetiba jadi Indon...apakah???

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan ke 18...

Tadi pagi sahur best...

Kari daging & bendi tumis...terbuka selera aku (despite kemengantukan yang amat!). banyak pula aku makan sahur hari ni, huh!

Tapi bila di fikirkan balik, bagus jugak sebab aku x lapar atau haus hari ni. Rasa macam biasa je berbanding beberapa hari lalu...kelaparan dan kehausan adalah sangat menggila.

Owh, semalam berbuka pun lauk best..ayam kari, ikan goreng, gado-gado, limpa goreng berkuah dan murtabak jawa. Kuih pun ada, kuih terang bulan dan karipap. Ditemani oleh air sirap manis yang sejuk...mmm..mmm...nikmat sekali.

Tadi aku tipon mom, teringin nak makan kuay teow goreng. Harap2 permintaan aku dimakbulkan...amin.

Bulan2 puasa ni malas plak aku nak kasi update lebih2 sebab klu ko baca blog org lain, sama jugak ceritanya. Pasal sahur, berbuka, persiapan raya, pasar ramadhan..etc...etc...haish~

Jadi, bersesuaian dengan tahap kemalasan aku di kala ini, kemungkinan blog aku xda gambar2 makanan, cuma tulisan semata2 (untuk sementara). Maybe untuk entry hari raya nanti aku buat perubahan sedikit...tapi tgk keadaan la ye, gua x mo janji.

C ya!

Tuesday, September 8, 2009

My Cute Little Niece...

Hari ni aku nak buat entri pasal anak buah kesayangan aku...Natasya Ayumi bt Nazrul. Ari tu aku publish gambar mak pak nya kahwin (refer entry ini) so kali ni aku jaja gambar anaknya pula.

BARU LAHIR...








1 bulan kemudian...(jaundice sikit)








Almost 2 bulan...



3 bulan....


Almost 4 bulan...ini gambar terbaru...





Masa lahir, beratnya cuma 2.4 kg, tapi sekarang sudah 5.9 kg. Sungguh kuat menyusu okay! Dan sangat suka senyum sokmo.

Eh, diam x diam, ari ni suda 16 hari kita puasa ye...x lama lagi raya...preparation aku setakat ni belum ada lagi. baju pun blm jahit tapi aku x risau sebab tukang jahitnya is my mom. Selalunya malam raya baru baju aku siap.

Hmmm..takat ni dulu update aku. Karang ada masa aku update lagi ye...

C ya!

Saturday, September 5, 2009

13th day of Ramadhan

Tadi pagi sahur makan ayam ala stew. Sedap, kira mau tambah nasi tapi mata ngantuk...sambil tunggu waktu sembahyang Subuh aku layan tv2 drama khas ramadhan judulnya After Rain (x tau dari negara mana). Lepas solat aku x tunggu lama, terus sambung zzzz...

Bzangun pagi tadi, tergezut aku hujan lebat gila! Thank God sebelum aku jalan p kerja dah reda. Sekarang ni aku kesejukan dlm ofis...brrrr....

Pas keja karang aku di arahkan ke needleline untuk membeli benang. Arahan mutlak ini datangnya daripada my mom tercinta.

Sudahlah, nanti aku update lagi.

C ya!

Thursday, September 3, 2009

Kerja...kerja...kerja...

So aku dah kerja...and boleh di katakan I'm back to my first job masa aku memula kerja dulu - airline ticketing. Oops, bertenang, aku bukan keja ngan MAS tapi masih kat travel agent.

Agak susah juga bagi aku bila start balik ni sebab banyak format aku kena ingat balik. Aku kena polish skill2 yang ada sebab aku rasa aku cuma ingat dalam 20% saja segala format reservation & ticketing dalam AbacusWhiz. Kiranya aku macam belajar balik la. Sakit otak gue!

Nontheless, aku dah keja and earning money macam dulu. No more Ms Lady of Leisure or Ms Money Penny. Simpanan aku pun sudah tahap kontang, bukan lagi garisan merah tapi terlajak-lajak sudah.

Oh well, hari ni masuk hari yang ke 11 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah puasa aku belum putus. Cuma sekarang aku agak kelaparan...mungkin pasal office aku sejuk sangat.

Nak update apa lagi ek?

Owh, Sorang lagi adik lelaki aku nak kahwin. 2 weeks sblm pose dah merisik. Lepas raya nak tunang...hujung tahun kawin.

Asyik2 diorang je kawin, yang aku ni bila pulak?

C ya!

Friday, August 7, 2009

My Bro's Nikah

Ni gambar masa adik aku menikah...aku x brapa banyak ambik gambar sangat' segan kat tok imam & takut mengganggu kelancaran majlis. Just a few shots, boleh la untuk tatapan umum:-







On d way pegi USIA. Sekali sekala pakai tudung, lawa pulak aku rasa..miahahahahah!






Sesudah akad nikah: Adik aku - Nazrul Bin Azni & his wife - keiko Ota Masayoshi @ Sarah Masayoshi Abdullah

(X sempat ambik gambar masa ijab kabul sebab aku ambik video sajork)









My bro's mom in law - Dumang @ Maria Nuludin









Aunty Maria & Sarah Masayoshi







Mom n Daughter....sweet kan? Walaupun anaknya dah berlainan agama, kasih antara ibu & anak knows no boundaries at all.


Huh...aku dah jadi emo semacam tengok balik gambar ni.

Bahasa pun ntah apa-apa la!

Anyways esok kenduri so sudah pastilah me n my mom yg memasak. kira malam ni aku nak rest...kumpul tenaga untuk esok. dah la nak kena bangun awal, nak pegi pasar lagi...aiyooo~ sungguh memenatkan!
Aku dah dapat job baru...tinggal tunggu masa nak report duty tapi to be frank aku agak2 desperado bila aku accept tawaran kerja ni. My conscience says no no no but my mouth says yes....I almost knock my head hard on the wall but apa nak buat kan, nak tak nak aku terpaksa kerja. I hope I could cope with this job. Not easy but nak buat mcm mana aku kena buat juga.
Pardon me dear friends, ari tu aku cakap nak update kan tapi xder jugak. Meh aku explain kenapa aku x jadi update (perlu ke?). Sebenarnya aku tertidur awal mlm tu and bangun2 jer dah nak solat subuh, itu pun dah lewat. So automatically mood untuk mengupdate berkubur begitu saja. harap penjelasan yang tak seberapa ini boleh diterima pakai.
Okay, let's see klu esok aku ada masa terluang aku akan update segala kejadian selepas kenduri. Itu pun kalau aku masih ada kudrat yang tinggal selepas all the activities sebelumnya.
Apa2 pun tengok la besok.

Saturday, July 18, 2009

Aku Masih Hidup...

Just wanna let u guys know that I'm still alive....

Will update tonite....with stories & pictures.

Sabar ye...