Tadi pagi sahur best...
Kari daging & bendi tumis...terbuka selera aku (despite kemengantukan yang amat!). banyak pula aku makan sahur hari ni, huh!
Tapi bila di fikirkan balik, bagus jugak sebab aku x lapar atau haus hari ni. Rasa macam biasa je berbanding beberapa hari lalu...kelaparan dan kehausan adalah sangat menggila.
Owh, semalam berbuka pun lauk best..ayam kari, ikan goreng, gado-gado, limpa goreng berkuah dan murtabak jawa. Kuih pun ada, kuih terang bulan dan karipap. Ditemani oleh air sirap manis yang sejuk...mmm..mmm...nikmat sekali.
Tadi aku tipon mom, teringin nak makan kuay teow goreng. Harap2 permintaan aku dimakbulkan...amin.
Bulan2 puasa ni malas plak aku nak kasi update lebih2 sebab klu ko baca blog org lain, sama jugak ceritanya. Pasal sahur, berbuka, persiapan raya, pasar ramadhan..etc...etc...haish~
Jadi, bersesuaian dengan tahap kemalasan aku di kala ini, kemungkinan blog aku xda gambar2 makanan, cuma tulisan semata2 (untuk sementara). Maybe untuk entry hari raya nanti aku buat perubahan sedikit...tapi tgk keadaan la ye, gua x mo janji.
C ya!
No comments:
Post a Comment