Esok dah nak raya...korang dah prepare ke belum?
As for us, preparation ala kadar saja. X perlu lah berlebih lebih sangat. Lagi pun kita ni ukur baju di badan sendiri kan...so buat setakat yang mampu saja. Ibadah kita lebih penting dari itu semua (ceaa...trip2 jadi ustazah pula aku ni)
This year kami beraya di Gaya Park tempat Aunty Mahani...sama macam last year juga lah. Tapi this year last beraya di sana sebab drg akan pindah rumah after raya but x pasti location di mana pulak. Kalau jauh2 sangat, next year pasti kami beraya di Indah Permai pulak.
Our raya routine x banyak berubah. Selalunya, malam raya kami mengemas rumah mana yang patut dulu, then tengah malam mcm tu baru gerak ke Gaya Park or wherever drg decide to spend hari raya. 1st day raya masih di Gaya Park, petang dalam jam 4, 5 gitu balik rumah and sambung kerja2 mana yg masih belum selesai.
2nd day raya kami mula terima tetamu kat rumah. Begitu juga on the 3rd day. Dua hari ini lah aku akan rasa sangat kepanasan dan kepenatan yang melampau...sebab me n me mom akan sibuk memasak..plus dah menjadi tugas aku mengemas dan mencuci tanpa henti (aku ingat tahun ni pakai pinggan mangkuk pakai buang je lah. Senang sikit kerja aku kan...)
Tiap tahun juga kami akan ubah2 menu hidangan. Like 2 yrs ago kami buat nasi ayam & nasi minyak + lauk pauk. Last year buat soto, rojak & nasi minyak + lauk pauk. Tahun ni we've decided nak buat menu sama like last year. Rata2 request nak menu sama so as a good host we have agree to the majority (yg sebenarnya majority itu cuma me & Shirin but saja la melebih lebih di sini...heheh)
Eh..aku blm update lagi pasal menu sahur & berbuka kan? Lame pun lame lah. Mak punya suka nak story apa..kata blog mak, harus lah ikut suka hati tuan punya badan. Korang apa tau, tau baca adalah. So just shut up and read. Ewah, emo tetiba..
Berbuka petang khamis tu meriah jugak. Ijah n Azrin (adik2 aku le ni) balik kejap untuk berbuka. Sekali aku tgk meja penuh sarat segala macam makanan. dengan kuih berjenis jenis, nasi kuning, bakso, limpa kicap, chicken wing, tauhu sumbat...macm2 lagi lah drg beli. Air je sampai 3, 4 jenis drg borong. mana yang mom dah siap buat lagi..haiyooo....pening kpala memilih. Mom lagi goreng mihun sampai seperiuk. Wah liao! Bagaimanakah ini??? And ada sepelastik kuih lagi yang asalnya nak bagi kat my aunt yg tinggal kat belakang kedai not far from our perumahan, tapi sekali sampai situ...baru kitorang tau rupanya drg dah pindah. Pelik, pindah pun x bagi tau. Apakah maksudnya itu??? Nanti aku update on this one. Meh kita sambung cerita lagi. Okay..so, tibalah waktu berbuka. Aku adalah hampa sebab xde nasik putih. Wlupun begitu aku makan jer apa yang ada..banyak kuih muih pengubat lara hatiku ini..owh..syahdu~
Dah siap solat semua, around 8ish gitu we all hantar Ijah balik Kawang. Sekalian ke Kawang, terus la ambik daging sedekah dari Uncle N. Sampai rumah around 9ish, lapar balik perut aku. tetiba aku terpandang setapau nasi briyani elok terletak atas meja. Aku sound2 sepa punya, xder orang ngaku. Apa lagi, bedal la. But I shared the briyani with Ajib sebab dia asyik mengharass selagi x di bagi. Ok enuff of story hari khamis.
Sahur pagi Jumaat, ayam pedas & bendi goreng. Berbuka petangnya dengan Kari daging & sayur tumis dengan tauhu.
Tadi pagi sahur dengan ayam & daging goreng, sayur peria masak dengan tauhu.
Berbuka petang ni x tau plak apa nak di makan...~
kejap lagi nak balik. Ada tugasan ni, nak beli cat untuk rumah. Last minute baru nak cat rumah...heh~!
Ok la me want to wish all a 'Happy Eid Mubarak'. Kalau ada salah silap (no doubt memang ada la kan) me want to minta maaf banyak banyak dari hati yang tulus ikhlas.
Have a happy and blessed Aidilfitri guys!
C ya!
No comments:
Post a Comment