Tadi pagi aku sengaja jalan lambat sikit. Instinct aku macam dah tau hari ni ramai orang dah start cuti ray a& gerenti jalan x jammed. Once again, my instinct never fail me. I am right. Jalan lengang ko...boleh menari rambu ba rambu ramba di tengah2 jalan raya. Sampai office pun awal..best best...aku sukaaa!
Last nite's dream was weird, but it's a good weird. I can't stop smiling thinking about it. Now...now...don't get a silly picture in your head cause it's does not contain explicit scenes. Yes, it involves me and a male companion but nothing happened. Cuma sedikit adegan usik mengusik membawa bahagia gitu...something like he teased me and I blushed, ala ala mengurat gitu lah. Yang lawak tu, he wore a smart kemeja and slack in my dream whereas the real him yang aku kenal x pernah pakai kemeja...memanjang dengan t shirt and jeans. Oh well, you know how bizzare dreams can be. The best part is dalam mimpi tu aku adalah kurus okay!!! Siap pakai baby T and low cut jeans lagi, nampak pusat ada piercing...perut pun flat (walaupon hakikatnya adalah sangat opposite dengan mimpi tersebut). WTF??? Aku pun rasa cam 'Oooh..rupanya bila in love boleh kurus...' kan. Sungguh x logik statement dalam mimpi tu. Dah tu baru nak feeling ala-ala model, alarm aku melalak tanpa belas kasihan. Aku pun bangun la seselamba mungkin dengan perasaan yang berbunga bunga. Tapi bak kata Erra Fazira (eww..menyampah!) 'Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara....' memang betul tau. Sekali mak tengok cermin, fizikal mak sama jugak. Flabby chubby and gemoks...x seindah mimpi rupanya..waaaa...mak nanges...
Tapi x kisah la kan...aku lupakan je part2 yg berangan slim tu tapi aku ingat2kan je part yg best...hehehe..
Ok...back to reality and entri cliche iaitu menu sahur dan berbuka.
Buka puasa petang selasa tu mom masak ikan goreng, masak lemak labu kuning, terung sambal & sambal belacan. Air, sirap grenadine. Ada jugak martabak jawa, karipap, onde onde dan gado gado. Nak jadi cerita, aku sampai awal that day, so mom suruh masak nasi. Sebagai anak yang baik aku pun masak la nasi. Suis kat luar fully occupied sebab my sis tengah buat biskut raya so kena pakai suis kat bilik. So...dengan lauk pauk yang best itu kami adalah bersemangat untuk berbuka. Dah susun2 semua, sekali my mom jerit 'Ya rabbi! Nasi belum masak!!!' Hoh...terkejut beruk aku! Rupanya, switch kat bilik tu x berfungsi! Bingung aku sekejap sebab selama ni switch tu x pernah buat hal, tetiba buat hal plak. Nasib baik la kuih muih banyak selambak kat meja tu so kisahnya kami berbuka dengan kuih. Sejam kemudian baru makan nasi. Sejarah dowh..x pernah terjadi selama ni. However...all ends well for that day.
Malam tu kami membuat 2 jenis biskut - chocholate snow and nestum. Jam 2 pagi baru tidur...and oh, Ayah Pin bagi mercun mancis dan mercun..entah apa ke namanya tu. So meriah jugak rumah aku budak2 main mercun. Baru terasa meriah nak beraya...klu sunyi, mood pun lari.
Pagi rabu menu sahur adalah ayam kicap lada hitam dan terung goreng. Mata aku adalah sangat melekat an hampir aku nak skip sahur. Selalunya aku tahan mata sampai solat subuh tapi pagi tu lepas makan aku tido kejap sampai mom kejut solat subuh. Then sambung tido sampai jam 1030....heheheh~
Petang rabu Shirin & husband & anak anak (Ajim & Lisa) together with Mama Jilin, Papa Old and Leon datang berbuka kat rumah so mom masak special sikit. Ayam kari hitam, Ikan sambal cili padi, daging taucu, ayam sup (for ajim and lisa) and sayur campur. Semua lapar nasi...suggest nak beli kuih pun drg cakap x payah so kuih x ada dalam menu. Shirin's husband beli air coke, rut bir & Revive Isotonik (label jangan buang...boleh jimat wang). Teha buat punch tropical. Sebelum tu...lepas asar aku ikut Shirin pegi jenguk kawan kitorang yg baru bersalin. Rumah dia x berapa jauh..kira2 7 minutes by car. Pas tuh we went to Servay beli barang sikit. Beli punya beli, sekali tengok jam dah pukul 6 lebih. Mencicit balik rumah...ngam ngam azan kitorang sampai terus bedaaaaaaaaaal...miahaha~
Owh, kerana sibuk membedal dan mengisi perut yang maha lapar maka aku x kuasa mengambil gambar. Aktiviti malam semalam, buat kuih makmur. Aku bancuh adunan and tolong bulatkan sikit2..sampai jam 1130 malam jer. Adik aku continue. Aku? Apa lagi, tido ler~
Pagi tadi sahur adalah ayam kicap lagi...tapi x kisah la sebab sedap...tapi xda sayur :(. Mom terlewat bangun, x sempat masak sayur so telan je apa yang ada.
Owh..sekarang ni dah rancak lagu raya main kat radio...I loooooiikkkeee very much. Teruskan semangat beraya anda...aku pun dah naik semangat ni. Jom kita bersemangat bersama!
C ya!
No comments:
Post a Comment