Monday, August 16, 2010

Day 5

Sudah 5 Ramadhan...

Hari ke 5 ramadhan saya adalah pemalas yang teramat. Tidur baring bangun sepanjang masa. Abisss kata qada' tidur yg x kecukupan, tambah lagi hujan lebat sejuk & best makanya tiada aktiviti lain selain tidur baring bangun semata-mata. Restore tenaga habis habisan dengan penuh semangat!

Owh, kami sahur sardin pedas...membuka selera sungguh! Saya makan bertambah nasi..hehehe...

Dan lauk berbuka adalah seperti berikut:-

Ayam goreng tepung
Sardin pedas (again, requested by Ajui laki bini)
Sayur kobis & telur
Bakso (beli)
Murtabak Ayam (beli)
Agar2 Milo (beli)
Kuih kusui (beli)
Air sirap cincau
Cendol

Kali ini saya makan secara berhemah. Jadi perut pun selesa dan masih ada ruang untuk one big glass of nescafe ping...hehehe...saya adalah gumbira!

Oklah itu saja.

Bersambung....

No comments: