Monday, October 13, 2008

Jumpong's Open Hse - AT OFFICE!!

*Posting ini akan mengandungi gambar & captions saja sebab aku malas nak mengarang.*

Date : 11 October 08, Saturday
Time : 1230hrs
Venue : Our humble office (Meeting room, to be exact!)
Tuan Rumah : Our dedicated, hardworking driver - Mr Jumpong & family


Wendy The Great sedang prepare mau organize makanan yg baru sampai


3 jenis biskut - makmur, tart gulung & yg warna warni tu aku x tau namanya


Acar


Briyani


Rendang ayam...gambar blur sbb kelaparaaaaaan....


Kuah Satay


Satay Ayam


Satay Daging


Nasi Impit


Seorang blogger yg gigih snapping gambar. Beliau juga x mau ketinggalan..hohoho!


Muka2 gumbira...kenyang sudah!


Wendy, Me & Laura


Tuan Rumah - Jumpong & anak-anak



Front: Director (Mr SK Chin) & Aben
Back: Me, Wan, Ali & Remy


Dah. Karang aku update lagi.

Toodles!

Saturday, October 11, 2008

Kisah Semalam...

Semalam aku masak kari daging & sambal terung kat office. Actually dah 3 hari berturut kami masak2 kat office ni..maklum la susah sangat nak carik tempat makan. So my boss yg /strikestrike/ baik ati kasi sponsot induction cooker & beras for us (actually x boleh masak2 heavy tapi memandangkan boss out station kami kenduri habis-habisan!!!)

Ni dia bahan2 sambal terung & kasi daging...ada lagi yg lain tp x terambik plak gambarnya


Hmmm....the spices, onion, ginger & garlic sedang di tumis...wangi siut!


Minutes later...tadaaaaa...ini lah hasilnya...

*Gambar2 aku curi dari blog Wan. Ada lagi dia ambik video time aku masak. Sapa nak tengok sila berkunjung ke shanazdaniel.blogspot.com dengan segera!

*Weh Wan! Aku suda promote blog ko aah...so rajin2 la mengupdate

Sejak beberapa hari yang lalu aku mengidam sangat sup tulang. Sampai kat ofis pun aku tercium cium bau sup tulang. Alangkah gumbira hati beta, sampai istana bondaku yg tercinta masak sup tulang for dinner!!! Dengan kerakusan yang extreme aku santap sepuas hati. Puas hati beta!

Haa...tengok la sup tulang yang sungguh menyelerakan ini...licin gua bedal!

Ko hengat kami kenyang lepas melantak sup tulang? No..bebeh..no! Tekak ni mengada plak nak makan roti canai. Sampai sanggup share2 duit beli kasi cukup 20 keping (nampak sangat tamaknya).


Ini aku punya. Roti banjir....sodap!!!


Orang2 kebulur sedang melahap dengan rakusnya


My anak buah - Mohd Fardeen Khan. Umur - 3 thn. Status - bujang. Bapa beliau merupakan 1st cousin aku.

My sis - Ira a.k.a Irut Murut Purut Putut Kusut. Mind her finger, budak ni memang cacat akal sikit.


Adikku Azlan a.k.a Ngustam Murgis (nama ciptaan si Irut) gumbira makan roti canai 3 keping tanpa henti


Otak gue dah beku..malas tulis banyak2. Len kali sambung ye....

Toodles!

Raya Stories Part 3

RAYA KE 3, 03.10.08
Hari ini kami start lambat sikit memandangkan barang2 dah di beli lebih awal. So bangun dalam jam 730 gitu, freshen up terus start apa yg patut. Menu hari ini ialah Ayam masak merah, ayam kari, Stir-fry french bean, mushroom with fu chuk (dried, thin bean curd), nasi impit & daging kuah satay. For those wo has no clue wat fu chuk is, ini le ropenye...

Aku nyer tugas macam biasa, masak nasi minyak lor. Yang bestnya, awal siap masak memasak and kemas mengemas. So there's a plenty of time for make up & dress up session.

Setelah puas ku godek godek almari baju hingga berterabur dengan hebatnya, finally I choose to wear a long sleeved Salwar-Kameez inspired top with crystal beading along the neckline (well, sort of la. Fake crystal pun ok apa) & a black pants.

Something like this minust the selendang, pants & shoes

First to arrive - Ira's friends. Aku kenal sorang je, si Khai. Yg 2 ekor lg aku tak kenal owh. Then came Azrin's friend..pun aku x kenal. However, dah namanya tamu kan, layankan sajork.

X abis2 krisis ais dari 2nd day raya! Ais yg kami beli pagi tadi dah abis terpaksa membeli lagi. Cari punya cari, yg ada sepeket kecik jer. Hampeh tul! Terpaksa roger2 mintak bantuan kengkawan aku...and by luck drg sedang berada di Giant. Fuh..legaaaa..krisis ais dah setel.

My friends cum colleague came around 1330hrs with the ice (thanks so much guys, you saved my day!). Drg datang bawak hamper, courtesy of my boss. How nice..terharu beta..huhuhu..

In the mean time, sempat lagi boss aku pesan minta tapaukan nasik....chissss....tapi x pe, memandangkan dia dah bermurah hati bagi hamper, aku tapau kan jugak..6 bungkus nasi lagi tau. See? I baik kan? X lokek kan? Kan? kan? Hohohoho!!!

X lama after they all balik, Aminah, my best friend since high school datang with her husband, brother, niece & nephew. Few minutes pas Aminah sampai, cousin aku Nisa pun sampai. Aku, Nisa & Aminah satu kelas dari tingkatan 1 - 3. After PMR Nisa pindah pegi KCC. Tapi still close as ever. Aminah dah kawin more than 5 yrs..however belum ada rezeki nak timang anak. There's a story behind it tapi biar la ku simpan sendiri...tuan punya badan dah amanahkan aku untuk menyimpan rahsia ini so I can't tell u guys until she permits me to publish her story.

We had a good time mengimbas kenangan zaman persekolahan (eh eh..cam lirik lagu je). hampir kejang rahang aku ketawa habis-habisan. Well, al maklum perangai aku zaman sekolah dulu mcm mana kan...bagi mereka yg kenal sangat dengan aku memang tau lah..yg x berapa kenal tu memang sah-sah x tau. Then they took off around 4 pm.

Next guest expected to arrive dalam jam 7, jadi masih ada masa nak berehat. Rilek2 berbaring depan TV...sekali tengok makanan macam x cukup plak. Kena masak lagi sekali but kali ni mom tukar resepi ayam masak merah ke ayam jeruk. Ada unsur2 Chinese di situ ye. Nasi minyak pun masak lagi seround. Tetamu yg datang mlm tu ramai jugak...dlm 20 org gitu. Bagus gak, x membazir makanan. Heheheh...

To wrap up my raya stories, I have to say that it's hectic but very exciting. Aku puas hati sebab tetamu semua enjoy makanan yg kami sediakan. Cuma kali ni aku xder langsung beraya kat rumah orang mahu pun sedara mara yang lain. Bukan aku saja..mom pun sama. Tapi x kisah lah...melawat sedara bukan semestinya on Raya jer kan? Any time pun bole ma...(kenapa bunyik nya mcm alasan jer ni aah?)

Gitu la kisahnya serba sedikit setelah di edit & di compact kan by yours truly. Citer2 after raya akan di update kan kemudian.

Toodles!

Thursday, October 9, 2008

Raya Stories Part 2

Sambungan dari part 1...

RAYA 2 (02.10.2008) - Azman, Aunt Kamalia & Pck Ahman's b'day)
Open house khas for family mom & baba
*Hah, ngkau! 3 org sekali sambut b'day on the same date! Ops, lupa plak Ira's b'day on the 1st day Raya..heheh*

Well, to start the 2nd day raya punya story I have to tell you that it's quite hectic! Seawal jam 0530 aku (dengan muka sememeh & mata bengkak, however tetap sempat berus gigi, cuci muka dan cuci mencuci mana yg patut), mom & Azman gi pasar beli barang for Soto & Rojak campur (yes, that's our menu). Dekat jam 7 baru sampai rumah. Then aku kena gegas ke GP untuk ambik periuk belanga yg nak digunakan untuk rebus sup soto - mom punya pasal la ni, almost sampai baru cakap periuk x ambik lagi..hadoih!!! Mencicit la aku pegi GP. Dah la nak cepat, periuk tu rupanya x cuci lagi!! Ya Rabbi...sabar je la. Tertonggek tonggek aku menyental periuk sebelum balik. Then aku angkut Nana & Sera sekali, boleh gak drg tolong2 mak aku apa yg patut (alasan je tu..sebenarnya aku bawak drg supaya aku blh bersenang lenang..biar drg buat kerja..hohoho!)

Baru nak jalan mom called suruh beli ikan cause my grandma (mom's side) x boleh makan ayam or daging since her minor surgery. Punya hazab aku nak beli ikan nih..sebab satu stall aje yg bukak! Tu pun kena tunggu dalam 10 minutes cam tu baru boleh beli. Rantai tong tu aje humang hai! berbelit gila!! Then bila pilih ikan nak kena pilih betul2 coz dah x berapa fresh. Ok gak la ikannya. X buang masa aku pecut balik rumah.

Tengah syok prepare barang2, baru perasan lupa beli mangkuk pakai buang. Huh, mencicit aku carik mangkuk sana sini. Seluruh kedai kat area PTT aku round tapi mangkuknya nan ado. Setan mana tah dah perangkut habis...cis! Terpaksa beli mangkuk biasa. Bukan sikit woo..30 biji aku beli (kopak gue!). Alang2 beli mangkuk, aku angkut sekali tong ais, tong air & another tong untuk simpan beras.

*Nak beli ais pun satu hal lagi. Sana sini kedai aku carik, ais dah habis. Agaknya si lahabau yg borong mangkuk pakai buang tu borong ais sekali kan? Cis..cis..dan cisssssssss! Terpaksa aku pegi SV Hypermarket membeli. Haish!*

Dalam kelam kabut, siap jugak semua sebelum jam 12. By 1215 tamu dah mula datang bertali arus...makanan pun harus lah refill balik2 kan. Ada yang siap tapau balik lagi. Best sangat! Adik beradik, ipar duai mom semua datang. From my dad's side, cuma Mc Roe je x datang. Oh, my grandpa (mom's dad) pun x datang sebab sakit gigi..huhu..kesian dia. Sempat juga tapau sup untuk dia. My friend Sonia & family pun datang jugak (drg ni practically related to us through marriage). Best nengok everybody enjoying their meals and had a great time.

Our guests pulang dalam jam 6 something...paling lambat Uncle Suprin a.k.a Ayah Pin & gang...jam 7 lebih drg pulang. Tiba masa mengemas, cuci mencuci & sental menyental..sapa lagi kalau bukan aku yg kena buat. Before that, menyempat lagi ke SV Hypermarket beli barang sedikit sebanyak, sebab the next day another open house especially for kengkawan kami. X payah bangun awal pegi pasar. Time membayar tu aku rasa gelihati sangat sebab....

Cashier : Seratus sebelas ringgit lima plo sen
Azrin (adik aku) : Murah juga kan, banyak kita beli ni (kasi keluar RM50 sekeping)
Aku : Ha'ah kan...bagus kita selalu beli barang sini..jimat juga (kasi keluar RM50 sekeping & RM5 sekeping)
Cashier : (muka heran) Err...seratus sebelas ringgit lima plo sen, kak..
Aku : (Almost menyentap) Eh..ya la tu duit tu (memuncungkan mulut ke arah duit)..eh..eh..blm cukup rupanya...hahhahaahaha (ketawa cover malu!)
Cashier : (ikut ketawa)
Azrin : (cepat2 lari tapi sempat ketawa syaiton)
Cashier : Ini duit baki kak.. (hulur duit sambil tersengih)
Aku : hehehe...thank you..(jalan dengan pantas menuju exit)
*Ropanya aku baru bagi RM105.00...apa punya biul!*
*MORAL OF THE STORY: Kira duit dengan betul sebelum membayar untuk mengelakkan malu*

Sampai sekarang aku masih senyum sumbing kalau teringat..hahaa...

kalau korang nak tau, aku kemas rumah sampai jam 3 pagi tau! Nasib baik ada si Sam tolong aku. Yg lain awal2 lagi escape time aku pegi SV. Nana & Sera pun diangkut pulang sbb nenek aku xde teman kat GP. My aunt pegi MCT ada urusan penting with Aunt Kamalia & Encho. Cis...durjana sungguh! Tapi x pe...kemas untuk rumah sendiri jugak kan. Klu rumah orang, x hingin aku de!

Wokeh, begitu lah cerita 2nd day raya. Still no photo coz no time to ambik gambar.

Part 3 akan menyusul....harap bersabar.

Toodles!

Wednesday, October 8, 2008

Raya Stories Part 1

Assalamualaikum....

Waduh, lama nggak ketemu..apa ada yang rindu padaku? hehehe...

Sebelum apa-apa, Al - Fatihah untuk Allahyarham Aiyub bin Sayadi, my aunty punya late husband yg meninggal sebelum raya baru2 ni. Mayatnya baru di temui selepas 3 hari meninggal, iaitu on Wednesday, 24 September 08. Kami x berapa rapat dengan arwahnya sebab arwah & my aunty dah separate kira lama juga la, almost 4 yrs. Lg pun arwah ni jenis yg suka buat hal dia sendiri. After separation yg kami tau dia tinggal kat quarters di BP. Aku nak cakap banyak pasal arwah pun x reti. So starting from Wednesday the 24th tu kami buat tahlil untuk arwah at my aunt's house.

Ok la kali ni aku nak story mory pasal my raya celebration. This year kami celebrate kat GP, my Aunt's new house so semua ahli mangkubumi berkumpul kat sana. Untuk cerita selanjutnya, sila rujuk di bawah:-

MALAM RAYA & RAYA PERTAMA (30/09/08 & 01/10/08)
After tahlil kami balik kejap mengemas rumah pulak, sebab x sempat during puasa (meniaga maaa). Sampai je rumah trus keluar segala kuntau aura mengemas. Aku concentrate on bilikku yang sangat...hazab rupa bentuknya. Re-arrange balik apa yg patut, kain baju semua lipat cantik2...mana2 sampah (2 bakul plastik besau gajah ok!) di buang terus tanpa berlengah lagi. Tukar langsir, sapu & mop luar...and siap! Sekali tengok jam dah pukul doblas lebih! Kelam kabut packing & terus menuju GP.

Sampai GP, x buang masa terus potong & blender mana patut. Macam tahun lepas, kali ni pun me & my mom yg in-charge of masak memasak. Lauk pauk mak aku handle (dibantu oleh aku yang terror ini)..aku as usual masak my specialty, Nasi Minyak. Kami x buat banyak jenis lauk, ada 3 jenis sajork iaitu ayam masak merah, daging pindang & daging kuah satay. Sayur pula ada 2 jenis - sayur pahit + cendawan & pajeri nenas. Simple yet delicioso! Anyhoo, bcoz kuantiti yg dimasak agak banyak, sudahnya aku & mak x tido semalaman...cisss! Baru nak lelap dah dekat jam 6, x jadik tidur...haish!

Dah siap2, salam2 semua x tunggu lagi terus melantak. X lama tamu pun datang bertali arus.Time tu aku dah tension sebab kepala berat nak mampos tapi sabar je la. Then bila ada masa terluang aku curik kesempatan nak qada' tdo tapi sikit punya jadah, guling2 aku satu katil pun x dapek melelapkan mata walaupun sudah ku cuba sedaya upaya namun hasilnya NAN ADO! Adeh..nak nanges aku..huhuhuu!!!! memandangkan aku x dapat tdo, aku beralih ke misi seterusnya - kasi nangis budak kecil...muahahhhaahahah (ketawa syaiton). Habis budak2 tu aku pedajal kan. Dorang nak makan kuih raya aku x kasi. Duit raya drg pun aku pow...hhahahaha...tapi aku kasi balik la pas nengok drg guling2 nangis kan. Last2 aku bosan mengganggu kanak2 ribena, aku pi merengek kat mak aku nak balik (dah pukul 2 petang).

Sebelum balik rumah kami pegi ziarah kubur arwah baba, arwah Pakcik Aiyub, Arwah babaji & arwah Dada Zardad. Semoga roh mereka di cucuri rahmat...Amin. Sampai rumah continue with preparation for our open house on 2nd raya sampai tengah malam jugak, pas tu zZzZzZz..kroh kroh kroh...

Ada satu cerita funny on the 1st day raya...mcm ni ceritanya. Tengah kitorang 1 family cerita2 sambil mengunyah kuih raya, tetiba ada orang bagi salam. As usual kami jemputla masuk...

Pelawats: Assalamualaikum
Kami: Waalaikumsalam (sambil muka blur)
Pelawats: (hulur tangan salam)
Kami : (Salam jugak sambil sengih2 & masih blur)

At this point kitorang being the good host jemput drg masuk. So they all masuk & duduk tapi muka memasing dah lain macam

My Grandma to my aunt : Mahani, panggil si Zainal, mengkali saudara dia tu dari KB
My Aunt: Aih, bukan ni..mengkali kawan2 drg si Serra
My Grandma: Eh, x kan lah kawan dia berumur begitu? Saudara si Zainal bah ni...mari aku tanya drg..

Tapi belum sempat nenek aku tanya, the visitors received a phone call, apparently from the old-tenant informing them that they went to the wrong house. Dengan malu2nya drg minta maaf, then trus blah. Patut la sorang pun x kenal mereka-mereka itu. Kami apa lagi, trus gelak cam syaiton...wakakakakkakakaka!!! Tapi tunggu drg jalan dulu baru gelak walaupun dah berpintal usus menahan geli hati.

End of citer raya pertama

Story Raya Kedua to be continued soon....stay tuned!

P/s Xder ngambik gambar, malas.

Toodles!

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN....

Dear fellow readers/bloggers

I wanna take this opportunity to wish my fellow muslims all over the world a very blessed Eid Mubarak...may Allah bless us all the way.

Minta maaf sangat la sebab terlalu lama x meng'hapdet'kan blog tercinta ini...disebabkan kesibukan dan kesuntukan masa yang teramat x dapek den mencurahkan ilham disini...

K la..aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN sekiranya aku pernah menyakitkan hati sesapa dengan coretan aku kat sini samada sengaja atau tidak. Aku tau aku selalu memaki hamun, meroyan dan selalu keluarlah perkataan yang kaedahnya klu kat tv asik kena *tut* or di silence kan. Kira 0 - 0 dah la ye...hehheeh

K lah kengkawan...selamat beraya sakan...

P/S Aku cuti raya seminggu woo....sila jeles dan muntah sekarang jugak ye...hohohohoho!!!!

Toodles!

Monday, September 8, 2008

Kantorku Dimasuki Maling!

Waaah...ari ni kami se-opis mengalami kekejutan! Terberuk seketika melihat keadaan opis yang tunggang langgang bak kapal pecah! (thee..hee...he...actually x der la teruk sampai cam tu tapi saja la nak kasi saspen') Sah, KANTOR KAMI DIMASUKI MALING!

Abis laci2 segala di buka. Ada juga barang yg hilang. GM punya Laptop & petty cash dalam seribu lesap. Tapi yg heran tu, laptop boss x pula di ambil. Riuh rendah juga tadi. Mana dengan polis datang ambik statement, dusting for fingerprints and all...terasa cam dalam CSI plak..hahaha....

Before polis datang ambik fingerprint, boss panggil sorang kawan dia yg 'pandai' menengok..ala ala bomoh la kononnya tu. Ntah la, somehow aku x percaya yang 'this person' can solve the mystery behind the kejadian. Argh, wateva lah. Malas aku mau fikir.

These few days busy sangat buat kuih. Mana yang order, mana yg untuk di jual di gerai...sampai beratus biji mau di buat. Haish, sampai hampir2 x menang tangan di buatnya! Terbuktilah kuih muih kami memang femes dan sedap sedap belaka (statement riak gila nak mampos)...hehehe.

Korang nak tau tak camner rutin seorang peniaga di pasar ramadhan? Meh aku bagi tau. Sila rujuk di bawah (sumber: Mak aku le, sapa lagi..)

Bermula pada malam selepas buka puasa.
~Potong pandan (ambik kat depan rumah)
~Blender pandan & peras santan nak buat bingka.
~ Bakar bingka. Sengaja buat malam untuk kesedapan maksima.
~Kupas kentang & potong kecik2 (buat initi karipap)
~Prepare bahan2 nak masak esok pagi

Pukul 2 atau 3 pagi
~Memula masak untuk sahur dulu
~Kejut seluruh warga rumah..sappedek sahur
~Potong sayur untuk inti popiah
~Start masak inti pulut panggang, karipap, popiah & kuih lenggang
~Masak pulut
~Start buat puding roti...terus bakar
~Uli doh karipap, kuih gomak & puteri mandi
~Bancuh batter untuk kuih lenggang
~Start buat kulit kuih lenggang
~Bungkus popiah, pulut panggang & kuih lenggang
~Start buat puteri mandi & gomak
~Potong2 bingka & puding roti
~Goreng Popiah & karipap & panggang pulut, terus susun dlm tray
~Siap prepare sumer..apa lagi, blah buka gerai
~Yg pegi gerai dah tentu meniaga kan, yg tinggal kat rumah kasi bersih rumah
~Mandi & rehat secukup rasa
~Masak untuk berbuka
~Sampai masa berbuka, ngap ngap ngap..makan x hengat dunia...muahahahha

And it goes again...and again...and again sampai nak dekat raya.

Hah, ngkau! maunya x penat cenggitu rutinnya sehari hari? Aku ok lagi la sebab kalau waktu berkerja aku tolong2 jugak tapi x heavy metal sangat. Lain la klu aku off day atau cuti...harus aku pun ikut menyumbang tenaga Gaban aku. Apa ko hengat aku dok goyang kaki sajork? Aku mengaku la, kekadang datang malas tu aku mengelat jugak tapi ini kan bisnes se-antero keluarga, maka wajib aku menolong (dengan bersungguh-sungguhnya). Ko gilos, klu aku x tolong sah-sah mak aku kasi penerajang sebijik.

Korang doakan lah supaya bisnes kami sukses ye. :D

Mana tau, satu ari niat kami nak buka restoran tercapai, leh la aku invite korang makan free..hehe

Haish...tetiba teringin makan pecal. Nak tipon my mom lah...suruh buat pecal pedas2 (drooling already)

Toodles!


P/s Wan, bila ko mo blog pasal opis kita kena masuk pencuri? hehehhe