Friday, January 30, 2009

IQ Test, Anyone?

Today is a bit boring so aku main2 jer ambik online IQ test...and here's my result:-



Sila click untuk gambaran lebih BESAR dan buka mata luas-luas ye kengkawan...tengok skor aku berapa...heheheh...

I'm no genius tapi aku adalah Superior Intelligence!

X caya? Ni hah kategorinya:-

Over 140 - Genius or near genius
120 - 140 - Very superior intelligence
110 - 119 - Superior intelligence
90 - 109 - Normal or average intelligence
80 - 89 - Dullness
70 - 79 - Borderline deficiency
Under 70 - Definite feeble-mindedness

According to my score (ahem!) sikiiit lagi aku nak hit Very Superior Intelligence...wassey!

Masih x percaya? Hah, terjah sini untuk menambah kepercayaan anda.

Sapa nak test IQ masing, sila ke laman ini.

*9 MORE EFFING DAYS BEFORE I GO HOME TO MY MAMA*

Wednesday, January 28, 2009

It's Official!!!

Got an e-mail from Laura seconds ago re: my flight ticket from KL to KK.

I'm super happy walaupun it's not on my intended date. Oh well, better than 15 Feb 09, I say!

It's official,

I'M COMING HOME ON THE 07 FEBRUARY 09, Y'ALL!

Ooh..I'm so excited i nearly wet my pants!

Ok, I lied. I've peed on my pants and its still trickling down forming a pool (of urine) under my chair and it's surrounding.

Ok..ok, I lied again! Geez, why is my nose getting longer?

On second thought, just ignore what I wrote about pee (and anything related to it) above as I'm bored and cannot decide what I wanna do between a) randomly bitch at somebody and b) being a 2 phrase dumb-ho.

You know which one I've picked. See, I can hold my bitchiness sometimes. Be grateful for that, bitches!

That's all. Toodles!

Saturday, January 24, 2009

GONG XI FA CAI & AKU YG SEDIH X DAPAT BALIK KAMPUNG...

Mesti ramai yg pulang kampung ari ni kan???
Happy la korang, berkumpul dengan sanak saudara...
Aku pun teringin tapi akan daya aku jauh di perantauan...
Nampaknya tahun ni aku x dapat celebrate CNY with my grandparents di kampung (mom's side)...
3 hari cuti, aku x tau apa mau buat. Jalan2 might be a good idea tapi...$$$ problem pula.
Kira mau cari dvd, buat dvd marathon ker...
Ada juga planning mau p rumah Kak Atin tapi aku belum decide lagi.
Aku akan decide malam ni.

*saja merapu untuk menghilangkan kesedihan di hati...boleh?*

Harap2 aku x menangis (lagi) sebab aku tau rupa aku sungguh horror kalau menangis.
Cepat la 5 Feb, aku x sabar!!!

Kenapa dengan 5 Feb? Meh sini aku citer...

Aku geram betul dengan bos sebab janjinya minggu ni beli tiket aku balik KK tapi belum juga beli. Tarikh yg aku pilih untuk balik KK adalah 5 Feb 09. Berulang ulang sudah aku cakap sama Manager (Lulu) aku mau balik on the said date and she said ok. However memandangkan boss aku terencat sikit, kita x tau samada dia approve atau tidak until the ticket is purchased. SHe's gonna keep changing her mind until the very last minute. So, untuk mengelak perkara yg x diingini berlaku, aku sediakan back-up plan.

My back up plan is kalau drg beli tiket aku later than 5 Feb 09, aku akan beli tiket sendiri & tetap balik on 5 Feb 09. Apa consequences tindakan aku ni akan difikirkan kemudian (kebarangkalian untuk dibuang kerja adalah tinggi but I'm willing to gamble). Makanya semalam aku kol Ima, talk about it and syukurlah Ima support aku by saying she will pay for my ticket if I wanna go back...so selamat duit aku (planning asal - pakai duit gaji sendiri beli tiket. Akibat - poket menjadi sangat2 dehydrated). Oh well, let's just see wat happens, shall we? Klu lewat 1 or 2 days gitu aku masih ok lagi BUT later than that is not acceptable.

So, let assume that my coming home date is on the 5 FEB 09 for now....until further notice.

KK, I'm coming back to you.....

Toodles!

Friday, January 23, 2009

Gambar2

Silalah tengok gambar2 di bawah:-



Bathroom. Separuh benda2 di atas adalah kepunyaan Erica.



Stok2 yg x seberapa. Mesti ada Maggi kan?




Ini saja yg ada...aku pasrah (menundukkan kepala sambil merenung ibu jari kaki)


Aku hari ni..hehehe

Harus lah ada gambar diri sendiri...aku kan tuan punya blog!
Nanti kamu x kenal aku, x lah aku glemer...(ya aku gila glemer, so wat?)
Happy Chinese New Year to my family...sedihnya aku x dapat balik kampung kali ni..huhuhu...
Anyways I will spend some times with Mamatua & Bapatua also uncles, aunties & cousins when I get back early February.
Owh, Happy Chinese New Year to all of you!

Toodles!

Thursday, January 22, 2009

List

2-3 ari aku berperasaan agak sukar untuk tidur. Maka aku adalah mengantuk sekarang.
Untuk menghilangkan bosan itu, aku rasa macam nak buat list..
Dah lama wei aku x buat mende list-list ni, agak dalam setahun jugak (ye ke? x ingat...)

Okay, marilah kita melayan list2 tersebut:-

BEST FRIEND AKU
-Telen *memang best friend aku semenjak azali
-Aminah *satu2nya high school buddy yg masih rajin contact aku
-Wan *perempuan ni sama sewel cam aku juga
-Yuyu *org kdg2 konfius antara aku sama dia, kembar x seiras konon2...

*Aku x banyak best fren..susah aku mau percaya org. Even dlm senarai ni pun aku x trust 100%. Yeah, I'm that complicated*

COUSIN AKU YG AKU RASA BEST
-Cipong *Gadis UMS yg rajin
-Uling *Si ganaz mengalahkan trex
-Nana *Pencinta romeo
-Sera *Sangat malas tetapi freak
-Ilul *Paling gila vavi antara semua. Gila perempuan & berangan mau jadi pelakon

AUNTY KU SAYANG
-Telen *kerana beliau dan aku sepusat sepusing
-Mami Jilin *Kerana beliau sangat cool
-Aunty Norma *Kerana beliau sangat memahami aku. Ada cita2 mau menukar namanya menjadi Ingrid (tetapi atas alasan apa aku pun x faham)

UNCLEKU SAYANG
-Pakcik Jen *dia adalah gila vavi, mewariskan penyakitnya itu kepada Ilul
-Uncle Ong *aku suka dia sebab dia adalah cool
-Uncle Usop *dia agak pelik orangnya tapi best sebab beliau lawak
-Uncle Rijop *juga spesis cool

Ada beberapa nama yg aku x kasi masuk dalam senarai atas sebab sebab tertentu. Biarlah aku saja yg tau sebabnya.

Ok mari sambung lagi ke list berikutnya:-

KERJA YG AKU RASA BEST SETAKAT INI
Kerani / Pekerja kerajaan pangkat rendah
Biarpun gaji x ribu raban tapi kurang headache. Hanya menurut apa yg disuruh. X perlu fikir macam mana cari untung & bayar gaji pekerja bawahan. Owh, klu kerja kerajaan pula anytime blh keluar minum...kan best tu?

TEMPAT PALING BEST AKU PERNAH PERGI
Kampung aku
Memang best balik kampung. Klu boleh tiap2 minggu aku mau bali kampung. Ke'best'an nya susah mau digambarkan dengan kata2.

TEMPAT YANG AKU PALING MENGIDAM MAU PERGI
Mekah, London & Australia
Mesti la kan, sebab aku mau menunaikan Rukun Islam ke 5 satu hari nanti & aku suka London & Australia. That's why.

I CAN'T LIVE WITHOUT
My Family, TV, Magazines, foods, drinks & My Nyawa
Fair enough...kan?

MUST BRING WHEN I GO OUT
Purse + IC (duit ada ka x da itu belakang cerita), Handphone
Harus...klu x ada kena tahan polis & dituduh PTI. HP pun wajib juga (wlupun x da kredit..tsk...tsk...tsk...) tapi penting supaya dapat dihubungi. Owh, jgn lupa charge battery.

FAV FAST FOOD
Mc Donalds
Big Mac + Prosperity Burger = Total Happiness

FAST FOOD YG DI BENCI
Sugar Bun
Ewwww...disgusting! Thank God they're gone!

Cukup dulu untuk kali ini. Lain kali aku sambung.

Toodles!

Tuesday, January 20, 2009

Cerita Aku

Keadaan: Kurang sihat dan otak sewel

Diatas adalah keadaan aku setakat ini. Aku suda jadi macam ninja dlm ofis (read: Korang ingat x dulu time kecik2 selalu main ninja2 pakai kain sarung tu..alah aku malas mo xplain lebih2, korang paham2 saja lah..klu x paham buat2 paham sudah). Habis aku hauk kain sarung yg sepatutnya menjadi lapik meja untuk membungkus badanku yang xxl ini. Sungguh sejuk x terkata. I hate yew, central aircond!

Dulu time aku kerja di AHSB pun aku selalu menyumpah central aircond sebab tak sejuk dan di off kan tepat jam 1800hrs klu aku x silap. Kali ini central aircond seperti ingin membalas dendam kepadaku. Full blast pulak tuh! I hate yew, central aircond!

Haish~! Benci pun x guna, keadaanya sama saja. Mau complaint ke management pun, aku pasti jawapan yang diterima akan mengecewakan sanubariku ini. Makanya, aku pasrah...ninja pun ninja lah.

Aku ingin membuat pengakuan disini....
No, aku bukan ninja sebenar...
Tetapi yang aku mau confess ni tidak ada kaitan sama sekali dengan ninja...
Ok begini...

Blog aku ni, klu korang perasan selalu x konsisten. Kadang2 serius kadang2 lite-lite dan kadang2 cam lahabau pun ada jugak. Tapi aku selesa dengan cara aku. Aku tulis ikut kepala hotak aku dan aku menulis untuk kepuasan aku sendiri. Suka atau tidak, terpulang. Aku rasa, susah mau cenderung ke arah satu jenis penulisan sebab aku x suka org expect apa2 dari aku. Aku x suka kalau ada perasaan fail to meet with the expectation. So yeah, aku akan keep on tulis ikut suka hati aku, bukannya ikut suka hati Ketua Kampung Pasir Putih di Putatan yang ada gerai jual sayur, ikan dan asam boi.

*Ops, percubaan untuk menjadi lucu. Lucukah?*

Owh, berita terbaru.
Sudah lebih setahun aku ada blog & register nuffnang, tapi baru hari ni aku dapat add nuffnang dalam blog aku...itu pun setelah menggodek (bukan menggodam) blog Ceera. Dia ada tutorial pasal nuffnang ni so aku ikut arahan dari tutorial dia la. Thanks Ceera! Ko memang best, x lokek ilmu. Ikhlas cakap, aku jeles drg dapat duit dari nuffnang...tu yang aku berusaha menempek nuffnang di blog ini.

Jeles untuk kebaikan bersama rasanya x salah kan? Sama2 merasa untung...ngeh ngeh ngeh...

Aku ada ambik gambar baru tapi lupa bawa kabel so nan ado lah menempek gambar.

*fikir* *fikir* *fikir*

Hmmm.

Brain freeze plak dah! Ini semua central aircond punya pasal!

I hate yew, central aircond!

Toodles!

Friday, January 16, 2009

Gambar

Agak lama aku x upload sebarang gambar di sini kan...

So, kali ni aku mau tepek gambar berikut (harap maaf kualiti x seberapa kerana saya menggunakan camera phone sajork):-

OFFICE
Ini adalah office di Kelana Jaya. Sangat sejuk kerana central aircond sangat gila vavi kuatnya sampai saya kena selsema akibat kesejukan itu.


RUMAH
Ini bilik saya. Untuk makluman tilam itu telah luak di tengah2 akibat menampung badan saya yang xxl ini (nama pun tilam murah apo nak buek...redha yo lah). Sila jangan berfikiran kuning, kang aku tampo sesia jer!


The kitchen...amat jarang di gunakan sebab aku malas masak klu sorang2. Aku jarang makan sekarang tau! Sila percaya sepenuh hati.

Kitchen part 2. Tempat memasak yg jarang di gunakan. Wan, ko tgk la aku balik nanti gerenti ko ternganga sebab aku dah kurus...percayalah Wan! (Waaah..berangannya aku!)


Dining area. Kawasan yg sangat terabai kerana xda org mau makan situ. Klu makan pun depan TV jak...


Living room, tempat his roks + makan + bersantai + tidur petang. Simple ja. better la sebab x susah aku mengemas.

And last but not least.......


Caak! My latest pic. Owh, separuh muka kerana menutup jerawat cinabeng yg bermaharajalela di dagu.

Minggu lalu perasaan wa adalah cilake...manyak kacau...
Sikalang wa suda boleh sinyum gumbira owh...
Wa sangat suka hati...
hehehe...
Kepada yg tau wa punya masalah, lu olang x payah baca la, nanti lu olang cakap aah, balik2 celita sama punya balang owh, tatak celita lain meh?
Tapi wa punya suka la mau celita..lu apa kisah?
Wa sangat suka ati, titak lama lagi wa mau pulang KK.
Sikalang wa punya muka atak sinyuuuum...

Haish~ tetiba menjadi Nyonya..hahahahah...

Toodles!

Wednesday, January 14, 2009

Menghitung Hari...Detik Demi Detik...

Heh, saja poyo buat tajuk cam tu.

Aku rasa dah 3 entry aku meroyan pasal nak balik KK kan...
Aku ni memang laa...xkan puas bercakap pasal benda yg sama...
Selagi kaki aku blm pijak bumi Kota Kinabalu, selama itu lah aku ulang benda yang sama.

When I told my mom about it, I can tell that she's relieved and happy that I'll be home sooner than planned. I can tell from her sms-es, the tone of her voice sounds delightful and joyous when I said I'll be home in early February. I can also tell that she's smiling...blh tau bah dari cara dia bercakap.

Aku cuma mau my mom senang hati. I knew she don't really feel at ease bila aku jauh2 dari dia. Likewise la kan, aku pun sama.

Lain kali klu kena trsf, aku x mo lagi...melainkan kna hntr pegi trade show or something similar tu kira ok la.

Dah la dulu..cukup aku membebel.

Toodles!

Monday, January 12, 2009

X Sabar...

Yesss....finally jadi juga aku balik! Initially on the 15 Feb tapi boss will be coming on the 2nd Feb with Lulu and I've informed Lulu that aku mau balik earlier. She said okay la no hal pasal ticket balik tu. Aku memang harap sangat dapat balik awal.

Anyways, according to Lulu, aku balik ni bersyarat. Believe it or not aku kena kasi cuti tanpa gaji until April 09, effective from hari yang aku balik KK nanti. I dun mind la...yg penting I'll be home y'all!

Lega hati aku. Aku x kisah la apa drg cakap..as long as I've got wat I want.

Selfish? Yep, I could be if I need to.

Stupid? I don't think so. It's about time I think about my own need rather than following the rules. Sekali sekala jadi rebel with a cause ok jugak kan?

In the meantime, aku terpaksa menghabiskan beberapa minggu yang amat-amat membosankan di sini. How seksa...but terpaksa la kan, berkorban sikit.

Behold, bitches!

Toodles!

NEKAD!

Seperti tajuk di atas, dengan ini aku mengumumkan yang aku NEKAD untuk balik KK pada awal February. Aku x peduli, apa mau jadi, jadilah!

Yesterday aku kol boss lagi. Told her straight yg aku mau balik after CNY. Of course, dia bengang sama aku. Dia cakap dia dissapointed. Well, I don't care. Pedulik la dia kutuk2 aku ka, apa ka..aku x kisah. Janji aku balik awal. Yg aku hot, adaka dia cakap aku yg mati2 mau pigi KL...puih! Dari awal aku suda cakap, pigi ok, x pigi pun aku ok jak. Dia yg hantar aku, so salah siapa kan? Well, maybe aku pun salah juga tapi dia x boleh paksa or tahan aku klu aku mau balik. Klu dia x mo bayar tambang, aku beli tiket sendiri. Aku NEKAD!

Yg bikin menambah kebengangan aku ialah, mula2 tu purpose dia hantar aku sini is to handle Indian Market. Fine, aku x kisah. Tiba2 dia suruh aku buat sales & marketing, which I've made it clear yg memang aku ANTI habis-habisan. Dey, mana la aku familiar jalan2 di sini...what if anything happen to me, mau dia responsible? Chis....sorry sajalah..aku X AKAN buat sales & marketing walau apa pun terjadi. Even klu dia kasi berenti aku pun aku sanggup...asalkan aku x buat kerja tu and dapat balik KK secepat mungkin.

Semalam Ima kol aku. Dapat juga aku mencurahkan segala isi hati aku yg terpendam. Like why I wannna go home and all, and I'm glad Ima support my decision. Kalau sudah bukan rezeki aku, aku pasrah sebab aku percaya kalau satu pintu rezeki aku di tutup, Allah akan buka satu pintu yang lain untuk aku. Insya-Allah.

Sekarang aku duduk di ofis macam orang bodo. Xda kerja mo di buat. Tambah aku tension. Sungguh seksa menunggu masa berlalu...hadoih..

On 2nd thought, bagus juga la, blh aku online sepanjang hari...ngeh ngeh ngeh...

Oh time, cepat la ko berlalu..lagi cepat lagi bagus..aku dah x sabar mo balik KK....huhuhuhuhu...

Saturday, January 10, 2009

Phew!

Yesterday was not a good day for me. I dread the whole day with a heavy heart and fuzzy mind. The 'homesick' syndrome kicks in really hard and I've succumbed to it.

The thing is, I've been asked to do the work yang aku x enjoy langsung - Sales & Marketing. You see, I know for a fact that I'm not cut out to do things like that coz I just hate plastering a fake smile and being chatty coz that's so not my character. Pendek kata aku memang x suka buat sales & marketing. AKU BENCI!!!

Semalam aku nekad bagitau my boss yg I dont feel confident doing all that. Thank GOD she can compromise and understand. However she asked me to give it a try. Okay, I will but rest assure that I wont stay long. Paling lama pun 3 bulan. If possible 1 month then I'm going home.

No, bukan coward tapi aku memang BENCI sales & marketing. If u ask me to handle office works, it's not a problem but going out and get sales? That's something yg memang aku ANTI tahap langit ke 7. BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Today I felt lighter. Mcm all the bebanan's been lifted up off my shoulder. I've decided no matter what I'm going back...1 month paling cepat, 3 months paling lambat. I can't bear the hole in my heart - that is my family. Kawan boleh di cari tapi keluarga, hilang x berganti. They're my precious no matter how or what.

Susah sangat, aku cari kerja lain. Tak gitu?

Friday, January 9, 2009

Kerinduan...

Sangat terasa time sorang2...menjadikan aku emo dari semalam sampai hari ni. I missed my home soooo bad...

I miss my mom...
I miss Ajib...
I miss Ira...
I miss Teha...
I miss Alan....

I miss everyone at home..well, except for yg tidak berkenaan...

Yeah, no place is perfect like home...wlu betapa buruk keadaannya pun hati aku tetap di sana...

Yeah, I cried...sebab aku sangat2 rindu. No matter how hard I tried tapi airmataku tetap jatuh juga...cannot tahan la wey!

Call me a crybaby, I dun care! Hakikatnya memang aku terasa sangat bila berjauhan dengan family. Yes, there is a phone tapi dgr suara org2 yg aku sayang saja x cukup berbanding dengan face to face.

Masa sekarang ni aku rasa sangat terseksa ok! Airmata ni pun murah sangat...sikit2 jatuh, kadang2 aku x sedar pun. Kadang2 tu dengar lagu yg my sisters suka pun blh bikin aku sedih...time makan jgn cerita lah. Like semalam aku buka fridge and nampak semua barang2 aku lengkap. Tiba2 aku terfikir, like apalah drg makan di rumah. Then aku sms Ira tny khabar drg semua, sudah makan or belum, apa lauk etc...etc...she replied drg makan telur ja. Punya la aku sedih. Mau ja aku post barang2 yg ada kasi drg, biar sama2 rasa. Tapi apa daya aku kan..terpaksa bersabar saja wlu pun sebenarnya hati aku asyik2 mau pulang.

Susah2 hidup aku disana, at least ada tempat aku mengadu. Klu aku sedih, ada juga hiburan. Tp skrg, aku mau mengadu sama sepa? Yes I have friends tapi aku ni jenis yg suka mengadu sama family. Dengan kawan2 agak kureng sikit. I may look tough on my exterior tapi hati ni only GOD knows apa yg tersirat.

Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-MU ini.

Korang semua doakan aku ek...

Toodles!

Thursday, January 8, 2009

Another Cerita Basi

Wat can I say...aku xda masa mau update selama ini...
Terlampau banyak yang mau di buat....
Aku pun x tau mcm mana mau start ini cerita...hmmm...let me think....
Ok, let me story mory pasal my departure day (as in my departure from BKI to KUL, not the other 'departure' yg aku blm ready & x mau bayangkan..brrrrr...takooooot....) sampai hari ini. Biar pun ini cerita basi aku tetap mau cerita juga.

Right, begini ceritanya...eh, before that aku kasi warning dulu: Cerita di bawah mungkin akan membosankan bagi anda so klu rasa2 x mo baca or kebosanan, sila click tanda 'x' di skrin atas sebelah kanan anda...mesyeh! However jangan salahkan aku klu ayat2 agak merapu atau x tentu hala kerana di kala ini otak aku adalah sangat kelam kelibut. Lagipun sukati aku la kan, blog ini aku yang punya. Buruk baik isi kandungannya aku yang tentukan so just read it as it is, ok!

Aku punya flight pukul 1320hrs waktu Malaysia (bukan waktu Bangladesh). Ngam2 sama dengan hari budak sekolah. Anyways it went smoothly as it is without any hitch watsoever. Aku mau emo suda, tapi aku tahan ja la, malu di nampak org klu aku nangis2 kan. Lg pun aku pi kerja bukan mau pisah forever (jangan la forever, x sanggup aku!). Take off. Dlm plane aku almost travel to slumberland tapi minah di sebelah kiri aku buat sound mcm mau muntah pla. Bukan lagi macam, termuntah suda dia sikit...lucky thing dia ada tissue. Aiyo, kesian aku sma dia. Anyways aku kasi dia minyak kayu putih and she's ok after that.

Sampai LCCT, tunggu bag and trus naik Skybus p KL Sentral. Boss with her daughter tunggu aku sana. Then we took the LRT to Kelana Jaya Station pastu naik cab pi Kelana Puteri Condo - my home for 6 months. Aku x buang masa terus unpack & susun atur all the things in my room. Next destination - Casa Subang (Taylors College's quarters a.k.a anak boss punya tempat tinggal). Sambil tunggu anak boss unpack aku tgk TV. Best siut tmpt tggl dia, astro provided lg tu..cissss. Aku kira pun mau pasang astro di condo tp tgk la keadaan (budget, to be exact).

Abis tu kami p dinner & shopping sikit2 di Mydin. Well, anak boss yg shopping la kami beli bread ja. Anak boss balik rumah dia and kami tunggu bas mau balik KPC. 1 jam tunggu bas x sampai, last2 naik teksi sharing sama 2 org Mydin punya pekerja. Hantam saja lah, suda lambat. We stopped infront of Carrefour and took a bus home. Penat punya pasal lepas mandi terus tidur....

The next day, it's time to visit the office. So we went & check on a few things, then jalan lagi. Kali ni pegi renew license at MBPJ. We missed our stop and had tu get down at the station and took a cab to MBPJ. Boss punya mood suda kacau lah this time sebab terlimpas bus stop. Muka dia pun lain macam suda tapi aku malas mo layan. Lantak lah kan, bukan salah aku pun. Punya lama menunggu, I think dalam sejam lebih baru sampai giliran kami. Then we head on to Mandarin Court hotel for an inspection. Tengah2 jalan, high heel aku patah! Punya haram jadah! Klu patah di KL Sentral blh lagi dimaafkan sebab banyak kedai kasut sana. Ini, sudah jauh baru patah. Terpaksa aku ke hulu ke hilir cari kedai kasut tapi haram ada! Menyumpah2 aku dlm hati bah! Last2 jumpa tukang kasut..dia potong heels aku & pasang tapak baru. Trus kasut aku jadi flat ..however selesa di pakai. Lesson well learnt: NEVER wear high heels when travelling with boss.

We took the Monorail up to...alah, lupa plak nama stesen dia! Nvm about that..let's continue. Okay, so we reached that station which I can't remember the name of, get off and walk to Mandarin Court. Stupid thing is, we (actually, my boss) took a wrong turn and walk to the other direction then she realized that we can't cross the road sebab ada tembok or pagar or something. We have to walk back to the jejantas, which is, another 1000km or so (nah, not that far la but quite far jugak), climb up the stairs and walk to Mandarin Court. OMG, I tell you! Punya penaaaaaat! Luckily after the inspection kami di belanja minum and it was like nikmat yg x terhingga ngam2 lagi aku kehausan yang amat (akibat berpeluh dengan banyaknya sehingga almost dehydrated)

We're rushing for our dinner appointment with Khye at TGI Friday Bukit Bintang. We stopped at Bukit Nenas (if I'm not wrong) so limpas Hard Rock, few hotels then sampai ke destinasi. By that time aku betul2 mau pengsan sudah..with all the walking and stuffs I think I've lost a kilo or two. We ordered Fried Mac & Cheese, Friday's Chicken for boss, I x ingat nama makanan yg aku order, tapi benda tu ada Salsa & Guacamole, Khye ordered Chicken-somethingntahakuxingatapakenamanya with rice yg ala-ala Paellas. Akibat penat yg melampau, aku jadi x berselera. Rugikah? X kot sebab in my opinion makan tu bukan sedap sangat pun except for the Mac & Cheese..sungguh lovely!

Cerita ini belum habis tau..ada lagi adegan berjalan kaki dengan bersungguh-sungguh...believe it or not boss aku sungguh determine mau membayar mak nenek credit card dia ON THAT NITE juga! Hadoih! Mau x mau aku heret juga kaki aku menapak dari TGI ke Suria KLCC, then naik LRT ke Ampang Park and walk (AGAIN!!!!!) to Menat CTB & do the payment through machine. Siap tu baru kami balik ke KJ, also by LRT & by bus to KPC. Sampai rumah, mandi & terus zzzzz...

Nasib baik yesterday we only went to one place, that is Sutera Harbour Sales office at Jaya One. Selebihnya stay di office. Dapat juga rehat sikit. Lega kaki aku. Later in the evening aku pegi groceries shopping with boss at Giant. Ini pun satu hal juga. Aku ingat dekat la konon Giant tu, rupanya jauh gila unta! Ok la kan pigi empty handed, tapi balik p KPC aku x kira, aku naik cab wlu pun boss cakap blh jln kaki. Gila ka, hari2 jalan kaki blh tercabut kpala lutut aku.

Hari ni boss p JB pas tu Sunday dia balik KK suda. Merdeka la aku! Anyways she'll be back in 2 weeks time so aku kena prepare for the next journey..entah ke mana2 lagi dia heret aku nanti.

Harap maaf teda gambar kerana aku blm ada masa. Maybe esok aku upload...klu aku ada mood.

That's all


Toodles!