Thursday, October 16, 2008

Kerana GH...

Waa..tajuk kasi gempak sikit...

Ada sorang mamat ni, balik2 YM aku minta resepi telur sambal. Aku dah bagi & he tried, tapi katanya x cedap. Aku dah saspek mesti ada yg x kena. I AM right...he didn't follow my recipe..ada bahan2 yg dia lupa katanya.

So GH, ambik resepi ni kalau nak sambal telur ko sedap.


Gambar sambal telur ni aku cilok dari blog orang..aku pun dah lupa sapa ke namanya..tapi yg pasti aku cilok la...hohoho!!!

Bahan - bahan

telur (rebus atau goreng)

bawang merah } tumbuk atau kisar

bawang putih }

cili kering. (kalau suka pedas boleh bubuh cili api sekali) } dikisar

udang kering sikit..kasi tambah power. Rendam & kisar jugak

bawang besar - dihiris bulat

Belacan sikit

Air asam jawa secukupnya

Perasa (Aji no moto), garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya

1. Telur di rebus atau goreng hingga masak (klu rebus
2. Tumiskan bahan kisar/tumbuk & belacan. Biarkan sehingga naik baunya dan garing.
3. Masukkan air asam jawa , perasa, garam dan gula serta bawang besar . Biarkan mendidh seketika .
4. Gaul2 sampai kuah pekat, boleh jugak kalau nak kasi kering . Untuk telur yg di goreng, korang boleh kasi masuk dalam kuah & tunggu sampai kuah pekat. Kalau yg rebus, siram je lah kuah tu atas telur

Makanlah sesuka hati.

Dah..dah..karang aku buat entri resepi lagi. tapi x tau bila. Tunggu la mood aku ada. Skrg ni tengah no mood.

Toodles

1 comment:

Mas Light said...

nasib i oledi makan. alah but i need some sambal telur!