Saturday, September 26, 2009

Sibuk Banget!

No updates for a week sebab aku busy and have no time mengadap lappy & upload pics raya.

Aku akan cuba update dengan secepat mungkin...no promises though~

Will be back, ppl!

Sunday, September 20, 2009

Pics Update...

Ini adalah gegambar pada hari Jumaat & Sabtu lepas...2 days & 1 day before raya....korang layan je lah ye...



Riang ria bermain bunga api...


Gua pun join main skali...best wooo!!!


Uuuiii...sparkling....


Mom still busy potong kain menantunya...


Azman tersandar kekenyangan


Teha posing dengan baju kebayanya. FYI ini baju kebaya vintage tau, dari tahun 60-an or 70-an, belongs to my late grandma (mom's mother).

Gegambar diatas diambil oleh yours truly pada malam Jumaat lalu...


Petang raya eve baru cat rumah...gilos!



Cili padi dah berbuah...hehehe


Our okra pun dah berbuah..yeay!


Hasil yg berjaya di tuai on Raya eve...


Rajinnya budak itam ni..anak sapa la ni??


Mom pun x mo ketinggalan mengecat rumah. Si itam sibuk mau enterframe....


Aku yang kelaparan...x menyempat kasi bersih tangan yg bercat terus rembat biskut kurma gulung. Well, aku buka pose makan megi je tau...huhu...


Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua.

Saturday, September 19, 2009

Esok Hari Raya Wey!

Esok dah nak raya...korang dah prepare ke belum?

As for us, preparation ala kadar saja. X perlu lah berlebih lebih sangat. Lagi pun kita ni ukur baju di badan sendiri kan...so buat setakat yang mampu saja. Ibadah kita lebih penting dari itu semua (ceaa...trip2 jadi ustazah pula aku ni)

This year kami beraya di Gaya Park tempat Aunty Mahani...sama macam last year juga lah. Tapi this year last beraya di sana sebab drg akan pindah rumah after raya but x pasti location di mana pulak. Kalau jauh2 sangat, next year pasti kami beraya di Indah Permai pulak.

Our raya routine x banyak berubah. Selalunya, malam raya kami mengemas rumah mana yang patut dulu, then tengah malam mcm tu baru gerak ke Gaya Park or wherever drg decide to spend hari raya. 1st day raya masih di Gaya Park, petang dalam jam 4, 5 gitu balik rumah and sambung kerja2 mana yg masih belum selesai.

2nd day raya kami mula terima tetamu kat rumah. Begitu juga on the 3rd day. Dua hari ini lah aku akan rasa sangat kepanasan dan kepenatan yang melampau...sebab me n me mom akan sibuk memasak..plus dah menjadi tugas aku mengemas dan mencuci tanpa henti (aku ingat tahun ni pakai pinggan mangkuk pakai buang je lah. Senang sikit kerja aku kan...)

Tiap tahun juga kami akan ubah2 menu hidangan. Like 2 yrs ago kami buat nasi ayam & nasi minyak + lauk pauk. Last year buat soto, rojak & nasi minyak + lauk pauk. Tahun ni we've decided nak buat menu sama like last year. Rata2 request nak menu sama so as a good host we have agree to the majority (yg sebenarnya majority itu cuma me & Shirin but saja la melebih lebih di sini...heheh)

Eh..aku blm update lagi pasal menu sahur & berbuka kan? Lame pun lame lah. Mak punya suka nak story apa..kata blog mak, harus lah ikut suka hati tuan punya badan. Korang apa tau, tau baca adalah. So just shut up and read. Ewah, emo tetiba..

Berbuka petang khamis tu meriah jugak. Ijah n Azrin (adik2 aku le ni) balik kejap untuk berbuka. Sekali aku tgk meja penuh sarat segala macam makanan. dengan kuih berjenis jenis, nasi kuning, bakso, limpa kicap, chicken wing, tauhu sumbat...macm2 lagi lah drg beli. Air je sampai 3, 4 jenis drg borong. mana yang mom dah siap buat lagi..haiyooo....pening kpala memilih. Mom lagi goreng mihun sampai seperiuk. Wah liao! Bagaimanakah ini??? And ada sepelastik kuih lagi yang asalnya nak bagi kat my aunt yg tinggal kat belakang kedai not far from our perumahan, tapi sekali sampai situ...baru kitorang tau rupanya drg dah pindah. Pelik, pindah pun x bagi tau. Apakah maksudnya itu??? Nanti aku update on this one. Meh kita sambung cerita lagi. Okay..so, tibalah waktu berbuka. Aku adalah hampa sebab xde nasik putih. Wlupun begitu aku makan jer apa yang ada..banyak kuih muih pengubat lara hatiku ini..owh..syahdu~

Dah siap solat semua, around 8ish gitu we all hantar Ijah balik Kawang. Sekalian ke Kawang, terus la ambik daging sedekah dari Uncle N. Sampai rumah around 9ish, lapar balik perut aku. tetiba aku terpandang setapau nasi briyani elok terletak atas meja. Aku sound2 sepa punya, xder orang ngaku. Apa lagi, bedal la. But I shared the briyani with Ajib sebab dia asyik mengharass selagi x di bagi. Ok enuff of story hari khamis.

Sahur pagi Jumaat, ayam pedas & bendi goreng. Berbuka petangnya dengan Kari daging & sayur tumis dengan tauhu.

Tadi pagi sahur dengan ayam & daging goreng, sayur peria masak dengan tauhu.

Berbuka petang ni x tau plak apa nak di makan...~

kejap lagi nak balik. Ada tugasan ni, nak beli cat untuk rumah. Last minute baru nak cat rumah...heh~!

Ok la me want to wish all a 'Happy Eid Mubarak'. Kalau ada salah silap (no doubt memang ada la kan) me want to minta maaf banyak banyak dari hati yang tulus ikhlas.

Have a happy and blessed Aidilfitri guys!

C ya!

Thursday, September 17, 2009

Orang sumer dah start cuti...

Tadi pagi aku sengaja jalan lambat sikit. Instinct aku macam dah tau hari ni ramai orang dah start cuti ray a& gerenti jalan x jammed. Once again, my instinct never fail me. I am right. Jalan lengang ko...boleh menari rambu ba rambu ramba di tengah2 jalan raya. Sampai office pun awal..best best...aku sukaaa!

Last nite's dream was weird, but it's a good weird. I can't stop smiling thinking about it. Now...now...don't get a silly picture in your head cause it's does not contain explicit scenes. Yes, it involves me and a male companion but nothing happened. Cuma sedikit adegan usik mengusik membawa bahagia gitu...something like he teased me and I blushed, ala ala mengurat gitu lah. Yang lawak tu, he wore a smart kemeja and slack in my dream whereas the real him yang aku kenal x pernah pakai kemeja...memanjang dengan t shirt and jeans. Oh well, you know how bizzare dreams can be. The best part is dalam mimpi tu aku adalah kurus okay!!! Siap pakai baby T and low cut jeans lagi, nampak pusat ada piercing...perut pun flat (walaupon hakikatnya adalah sangat opposite dengan mimpi tersebut). WTF??? Aku pun rasa cam 'Oooh..rupanya bila in love boleh kurus...' kan. Sungguh x logik statement dalam mimpi tu. Dah tu baru nak feeling ala-ala model, alarm aku melalak tanpa belas kasihan. Aku pun bangun la seselamba mungkin dengan perasaan yang berbunga bunga. Tapi bak kata Erra Fazira (eww..menyampah!) 'Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara....' memang betul tau. Sekali mak tengok cermin, fizikal mak sama jugak. Flabby chubby and gemoks...x seindah mimpi rupanya..waaaa...mak nanges...

Tapi x kisah la kan...aku lupakan je part2 yg berangan slim tu tapi aku ingat2kan je part yg best...hehehe..

Ok...back to reality and entri cliche iaitu menu sahur dan berbuka.

Buka puasa petang selasa tu mom masak ikan goreng, masak lemak labu kuning, terung sambal & sambal belacan. Air, sirap grenadine. Ada jugak martabak jawa, karipap, onde onde dan gado gado. Nak jadi cerita, aku sampai awal that day, so mom suruh masak nasi. Sebagai anak yang baik aku pun masak la nasi. Suis kat luar fully occupied sebab my sis tengah buat biskut raya so kena pakai suis kat bilik. So...dengan lauk pauk yang best itu kami adalah bersemangat untuk berbuka. Dah susun2 semua, sekali my mom jerit 'Ya rabbi! Nasi belum masak!!!' Hoh...terkejut beruk aku! Rupanya, switch kat bilik tu x berfungsi! Bingung aku sekejap sebab selama ni switch tu x pernah buat hal, tetiba buat hal plak. Nasib baik la kuih muih banyak selambak kat meja tu so kisahnya kami berbuka dengan kuih. Sejam kemudian baru makan nasi. Sejarah dowh..x pernah terjadi selama ni. However...all ends well for that day.

Malam tu kami membuat 2 jenis biskut - chocholate snow and nestum. Jam 2 pagi baru tidur...and oh, Ayah Pin bagi mercun mancis dan mercun..entah apa ke namanya tu. So meriah jugak rumah aku budak2 main mercun. Baru terasa meriah nak beraya...klu sunyi, mood pun lari.

Pagi rabu menu sahur adalah ayam kicap lada hitam dan terung goreng. Mata aku adalah sangat melekat an hampir aku nak skip sahur. Selalunya aku tahan mata sampai solat subuh tapi pagi tu lepas makan aku tido kejap sampai mom kejut solat subuh. Then sambung tido sampai jam 1030....heheheh~

Petang rabu Shirin & husband & anak anak (Ajim & Lisa) together with Mama Jilin, Papa Old and Leon datang berbuka kat rumah so mom masak special sikit. Ayam kari hitam, Ikan sambal cili padi, daging taucu, ayam sup (for ajim and lisa) and sayur campur. Semua lapar nasi...suggest nak beli kuih pun drg cakap x payah so kuih x ada dalam menu. Shirin's husband beli air coke, rut bir & Revive Isotonik (label jangan buang...boleh jimat wang). Teha buat punch tropical. Sebelum tu...lepas asar aku ikut Shirin pegi jenguk kawan kitorang yg baru bersalin. Rumah dia x berapa jauh..kira2 7 minutes by car. Pas tuh we went to Servay beli barang sikit. Beli punya beli, sekali tengok jam dah pukul 6 lebih. Mencicit balik rumah...ngam ngam azan kitorang sampai terus bedaaaaaaaaaal...miahaha~

Owh, kerana sibuk membedal dan mengisi perut yang maha lapar maka aku x kuasa mengambil gambar. Aktiviti malam semalam, buat kuih makmur. Aku bancuh adunan and tolong bulatkan sikit2..sampai jam 1130 malam jer. Adik aku continue. Aku? Apa lagi, tido ler~

Pagi tadi sahur adalah ayam kicap lagi...tapi x kisah la sebab sedap...tapi xda sayur :(. Mom terlewat bangun, x sempat masak sayur so telan je apa yang ada.

Owh..sekarang ni dah rancak lagu raya main kat radio...I loooooiikkkeee very much. Teruskan semangat beraya anda...aku pun dah naik semangat ni. Jom kita bersemangat bersama!

C ya!

Tuesday, September 15, 2009

Buat buat kuih....

Aku musykil...

Macam mana drg bole panggil benda ni 'biskut'??? Setahu aku la kan, biskut mesti ada tepung, telur, gula, butter dan macam2 lagi kan...tapi this kind of 'biscuit' is pretty simple. The main ingredients are cornflakes, honey, raisin, peanuts and butter. That's all! just mix 'em altogether and it's ready to be scooped into those tiny paper-thingy...pastu bakar sampai perang2 sikit.


Tenaga kerja di sebalik tabir pembikinan 'Biskut' Cornflakes.

Aku pun ada juga tolong sikit2 sebab aku mmg x minat sangat buat2 biskut segala ni so aku buat sesuatu yang aku suka semalam......Make Up!

Setting camera aku bodo sikit, tetiba warna menjadi kuning...


Lor...nampak kembang pula muka aku



Kuning and normal setting by my camera phone.

Xda gambar close up...orang semua sibuk buat biskut n watching dvd so mak terpaksa ambik gambar sendiri.

Entry cliche sekali lagi (entri menu sahur n berbuka)

Hurm...last saturday berbuka kuay teow goreng, ayam goreng, telur goreng...semua yang goreng goreng....haish~ tapi mak girang sebab ke'craving'an mak tertunai jugak..owh..suke...suke...

Pastu kan, sahur pagi ahad....ayam kicap, sayur goreng & telur dadar + sosej. Bole la kan...
Berbuka ahad tuh, Mom masak nasi ayam sajork...sebab gula dah habis, nak menumis x sedap ler xda gula.

Sahur pagi isnin, sekali lagi, ayam kicap tapi sedih la xder sayur...huhuhu~ (and ayam kicap pun kurang power akibat xda gula). Berbuka, SEKALI LAGI, nasi ayam...tapi nasi ayam semalam power betul! Bertambah tambah mak makan noks....yummy yummy nyer!
Untuk pengetahuan umum, mak berjaya mendapatkan gula semalam kat kedai runcit India dekat rumah...so ada harapan makan lauk tumis2 petang ni...owh mak girang hati!

Okay, memandangkan dah ada gula, tadi pagi Mom masak ayam kicap (AGAIN!) dan terung goreng...hmmm...boleh la daripada berlapar kan...

Petang ni x tau Mom masak apa. Agaknya lauk ikan kot sebab semalam aku nampak ada ikan kat peti sejuk. Harap2 Mom masak sesuatu yang pedas...baru syok!

Owh, baju raya aku dah siap uols! Kasut raya pun dah beli...bukan alang2 tau, dari charles & keith gitu! (unsur berlagak semakin ketara) Nanti mak ambik gambar jaja kat sini. Nak muntah? sila kan....mak x larang.

Mata adalah sangat berat dan mengantuk di kala ini dan jam cinabeng ini adalah sangat slow pergerakannya. Takut frustasi pulak mak, kang mencarut x pasal2 habis pahala puasa.

C ya!

Saturday, September 12, 2009

Kenapa bah...kau berubah...

Was the song in my head when i woke up this morning. damn! Punya susah mau tukar 'lagu dalam kepala' ni. Aku terdengar lagu tu tadi pagi after sahur terus stuck sampai sekarang...haish!

On the way to work this morning aku terfikir pula mau buat satu entri bergambar about my previous school. Aku ni pindah sekolah macam pindah rumah (pernah buat entri pasal sekolah dan rumah sometime ago...you can read 'em all over again here) so terbit pula ilham di kepala otak aku untuk buat entri bergambar pasal my old school and rumah2 yang pernah aku tinggal...nanti lah, one fine day akan akubuat juga tu. Tunggu masa dan kenderaan saja..heheh..

Back to entri yang 'cliche' masa kini iaitu menu sahur dan berbuka...

Semalam kami berbuka menunya enak banget...mom buat nasi lemak and ayam goreng. Yours truly beli karipap - not bad la rasa dia but inti sikit bah. Ajui beli mango juice (x sedap sebab telampau manis. Eh, di mana dirg dapat gula aah? sudah la krisis gula sekarang bulih2 pula drg buat minuman manis2). Hasilnya, semua kekenyangan bak ular sawa kenduri besar.

Tadi pagi hampir2 aku x mau bangun sahur sebab ngantuk yang amat tapi memandangkan mom masak ayam sambal and sayur kacang + young corn maka panggilan perut sahur harus di jawab. And as usual, sesi menonton drama...ntah aku x tau dari negara mana yang judulnya 'After Rain' sebelum solat subuh. Pas solat aku bongkang sambil dengar radio (time ni la aku terdengar lagu 'kenapa bah...kau berubah...tu. see, ada juga relevan title entri ni kan?) sampai jam 0730 pagi. Kerja maaa...misti bangun awal punya. Klu aku masih jobless, gerenti lambat bangun.

Petang ni sudah plan mau goreng kuay teow. Semenjak dua menjak ni tekak aku berselera sangat mau makan kuay teow. Especially kalau campur daging...taugeh..kucai...telur...cili padi...owh, sungguh sedap! Perah pula asam limau dan tabur bawang goreng, daun sup, daun bawang....mmm...mmm...mmmmm......mak terliur liur noks!

Udah dulu ya, gue udah penat ngetik keyboard nya. Nyambung di lain waktu aja.

Hoh, tetiba jadi Indon...apakah???

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan ke 18...

Tadi pagi sahur best...

Kari daging & bendi tumis...terbuka selera aku (despite kemengantukan yang amat!). banyak pula aku makan sahur hari ni, huh!

Tapi bila di fikirkan balik, bagus jugak sebab aku x lapar atau haus hari ni. Rasa macam biasa je berbanding beberapa hari lalu...kelaparan dan kehausan adalah sangat menggila.

Owh, semalam berbuka pun lauk best..ayam kari, ikan goreng, gado-gado, limpa goreng berkuah dan murtabak jawa. Kuih pun ada, kuih terang bulan dan karipap. Ditemani oleh air sirap manis yang sejuk...mmm..mmm...nikmat sekali.

Tadi aku tipon mom, teringin nak makan kuay teow goreng. Harap2 permintaan aku dimakbulkan...amin.

Bulan2 puasa ni malas plak aku nak kasi update lebih2 sebab klu ko baca blog org lain, sama jugak ceritanya. Pasal sahur, berbuka, persiapan raya, pasar ramadhan..etc...etc...haish~

Jadi, bersesuaian dengan tahap kemalasan aku di kala ini, kemungkinan blog aku xda gambar2 makanan, cuma tulisan semata2 (untuk sementara). Maybe untuk entry hari raya nanti aku buat perubahan sedikit...tapi tgk keadaan la ye, gua x mo janji.

C ya!

Tuesday, September 8, 2009

My Cute Little Niece...

Hari ni aku nak buat entri pasal anak buah kesayangan aku...Natasya Ayumi bt Nazrul. Ari tu aku publish gambar mak pak nya kahwin (refer entry ini) so kali ni aku jaja gambar anaknya pula.

BARU LAHIR...








1 bulan kemudian...(jaundice sikit)








Almost 2 bulan...



3 bulan....


Almost 4 bulan...ini gambar terbaru...





Masa lahir, beratnya cuma 2.4 kg, tapi sekarang sudah 5.9 kg. Sungguh kuat menyusu okay! Dan sangat suka senyum sokmo.

Eh, diam x diam, ari ni suda 16 hari kita puasa ye...x lama lagi raya...preparation aku setakat ni belum ada lagi. baju pun blm jahit tapi aku x risau sebab tukang jahitnya is my mom. Selalunya malam raya baru baju aku siap.

Hmmm..takat ni dulu update aku. Karang ada masa aku update lagi ye...

C ya!

Saturday, September 5, 2009

13th day of Ramadhan

Tadi pagi sahur makan ayam ala stew. Sedap, kira mau tambah nasi tapi mata ngantuk...sambil tunggu waktu sembahyang Subuh aku layan tv2 drama khas ramadhan judulnya After Rain (x tau dari negara mana). Lepas solat aku x tunggu lama, terus sambung zzzz...

Bzangun pagi tadi, tergezut aku hujan lebat gila! Thank God sebelum aku jalan p kerja dah reda. Sekarang ni aku kesejukan dlm ofis...brrrr....

Pas keja karang aku di arahkan ke needleline untuk membeli benang. Arahan mutlak ini datangnya daripada my mom tercinta.

Sudahlah, nanti aku update lagi.

C ya!

Thursday, September 3, 2009

Kerja...kerja...kerja...

So aku dah kerja...and boleh di katakan I'm back to my first job masa aku memula kerja dulu - airline ticketing. Oops, bertenang, aku bukan keja ngan MAS tapi masih kat travel agent.

Agak susah juga bagi aku bila start balik ni sebab banyak format aku kena ingat balik. Aku kena polish skill2 yang ada sebab aku rasa aku cuma ingat dalam 20% saja segala format reservation & ticketing dalam AbacusWhiz. Kiranya aku macam belajar balik la. Sakit otak gue!

Nontheless, aku dah keja and earning money macam dulu. No more Ms Lady of Leisure or Ms Money Penny. Simpanan aku pun sudah tahap kontang, bukan lagi garisan merah tapi terlajak-lajak sudah.

Oh well, hari ni masuk hari yang ke 11 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah puasa aku belum putus. Cuma sekarang aku agak kelaparan...mungkin pasal office aku sejuk sangat.

Nak update apa lagi ek?

Owh, Sorang lagi adik lelaki aku nak kahwin. 2 weeks sblm pose dah merisik. Lepas raya nak tunang...hujung tahun kawin.

Asyik2 diorang je kawin, yang aku ni bila pulak?

C ya!